Buletin

PERODUA SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA DUA HOSPITAL AWAM BERNILAI RM151K

Perodua menyumbang sebanyak RM151,000 dalam bentuk barangan dan peralatan kepada dua buah hospital awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dalam usaha meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan awam.

Perodua menyumbang barangan seperti peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu institusi yang memberi manfaat terbesar kepada semua rakyat Malaysia, seperti hospital-hospital kerajaan sedia ada.”

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar kepada pihak pengurusan hospital dengan disaksikan oleh para pegawai perubatan dan kakitangannya.

Setakat ini, Perodua telah menyumbang peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital-hospital awam di seluruh negara.

Ini termasuklah Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya serta beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.

Perodua terus komited serta konsisten untuk membuat sesuatu perubahan selain begitu berbangga kerana dapat membantu mereka yang bekerja dan berkhidmat tanpa jemu untuk negara.

“Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan seumpama ini pada masa akan datang. Ini kerana ia adalah cara terbaik untuk kami membalas sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini,” kata Zainal.

Google ads
Back to top button