Buletin

SAMAN LEBIH TINGGI UNTUK PEMILIK KERETA MEWAH BAKAL DILAKSANAKAN DI SINGAPURA?

Parlimen Singapura pada Isnin lalu menerima cadangan bahas yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Dr Walter Theseira supaya pesalah trafik dikenakan hukuman saman berdasarkan jenis kenderaan mereka.

Kereta mewah dan mahal akan dikenakan saman lebih tinggi.

Namun, cadangan tersebut mendapat bantahan serta pandangan yang berbeza dari pelbagai pihak.

Akhbar tempatan, TODAY telah membuat tinjauan pendapat dan kebanyakan responden berpandangan ia adalah satu bentuk diskriminasi.

Dr Theseira membuat cadangan di parlimen Singapura supaya pesalah yang memandu kereta mewah dikenakan saman lebih besar berbanding pesalah dengan kereta lebih murah bagi kesalahan yang sama.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Beliau berkata, caj saman berdasarkan nilai kereta lebih praktikal berbanding menggunakan metodologi berdasarkan jumlah pendapatan.

“Saya fikir adalah patut pemandu kenderaan mewah membayar saman lebih mahal. Kereta lebih mahal hari ini dilengkapi dengan semua ciri keselamatan dan pemandu lebih yakin untuk memandu lebih laju.

Dr. Theseira berkata, cadangan tersebut akan memberi “makna” lebih mendalam terhadap terma saman itu sendiri dan ia adil untuk mereka yang berpendapatan rendah (yang menggunakan kereta lebih murah)

“Pengguna jalanraya dibezakan dengan jenis kenderaan dan ia merujuk pada tahap ekonomi berbeza. Bagaimanapun, saman adalah sama rata, sama bagi setiap orang. Orang kaya mungkin tidak kisah melanggar kesalahan kerana ia jumlah yang kecil. Jumlah yang sama mungkin terlalu besar bagi pesalah dengan pendapatan lebih rendah.

“Saman tidak akan bermakna jika ia terlalu tinggi dan orang tak mampu bayar. Saman juga tidak akan bermakna jika ia tidak mampu mencegah kesalahan sama pada masa akan datang”

Beliau memetik satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Law and Economics pada 2004 yang menggunakan data trafik dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Israel mendapati pengguna kereta baru lebih mudah melanggar undang-undang dan kurang bertanggungjawab.

Beliau yakin dengan mengenakan saman yang tinggi, pemilik kereta mahal akan lebih berhati-hati.

UNDANG-UNDANG TIDAK BOLEH ADA DISKRIMINASI

Bagaimanapun, pakar-pakar dan pengritik permotoran Singapura berpendapat ia satu bentuk diskriminasi.

Mereka juga berpendapat, jika undang-undang ini diteruskan, ia akan mencetuskan impilkasi undang-undang serta peraturan lain pula.

Konsultan pengangkutan, Gopinath Menon berkata, meskipun tujuannya untuk memberi rasa “kesedaran” kepada pesalah, namun ia tetap dilihat tidak adil untuk menjatuhkan dua hukuman berbeza pada kesalahan yang sama.

Dr Lee Der-Horng, dari National University of Singapore (NUS), bersetuju bahawa tiada siapa yang boleh didiskriminasikan dalam undang-undang dan juga berpendapat saman bukanlah penyelesaian tunggal dalam menjadikan seorang pemandu lebih baik.

NEGARA DENGAN SAMAN BERDASARKAN PENDAPATAN

Di Finland, jumlah saman had laju adalah berdasarkan pendapatan pesalah tersebut. Ia dikira berdasarkan jumlah pendapatan harian pesalah dan juga berdasarkan perbelanjaan harian, ia juga ditolak berdasarkan jumlah anak, isteri yang tidak bekerja dan sebagainya.

Di Switzerland pula, pesalah trafik akan disaman berdasarkan jumlah cukai yang mereka bayar.

Pada 2009, mahkamah menjatuhkan hukuman kepada enam pesalah dari Hong Kong berjumlah 90,000 francs (RM376,000) selepas didapati bersalah kerana berlumba dengan kereta yang disewa, Ferrari, Lamborghini, Aston Martin dan Audi pada kelajuan 142 batu sejam (228km/j).

Dalam satu kes lain, seorang warga Perancis disaman 70,000 francs (RM293,000) selepas ditangkap memandu melebihi had laju 151b/sj (243km/j).

Apa pendapat anda?

KREDIT:MALAY MAIL

Tags
Google ads
Back to top button