Artikel Pilihan

KERETA TERLARIS DI DUNIA UNTUK TAHUN 2019 SEHINGGA KINI

Kalau korang rasa pasaran kereta dunia sudah ditakluk oleh SUV dan MPV rasanya kenyataan itu memang tak berapa betul buat masa sekarang. Ini kerana kehendak pasaran adalah berbeza-beza mengikut negara dan kehendak serta keperluan pengguna itu sendiri. Jadi kereta apa yang paling laris pada tahun ini dan berapa unit sudah terjual? Mari baca sendiri kedudukan kereta terlaris di dunia sehingga Mei 2019 berdasarkan data Global Auto Database ini.

1. Toyota Corolla – 282,637

Bagaikan penerus kepada kegemilangan Corolla sebelum ini, model terlaris Toyota ini berada di tangga pertama untuk kereta paling laris  di dunia dengan jumlah jualan 282,637 sehingga Mei tahun ini. Memang cukup mengkagumkan untuk sebuah kereta sedan yang suatu ketika dulu cuma digemari oleh golongan berusia dan masih kekal menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Ford F-Series – 252,013

Kalau anda rasa Toyota Hilux adalah raja pasaran pikap jawabnya memang telah melakukan kesilapan. Ini kerana Ford F-Series lebih menguasai pasaran di tangga kedua selepas Toyota dengan jumlah pasaran yang cukup tinggi. Tambahan pula ia tidak diedarkan secara rasmi di Eropah dan juga Asia. Bukan itu sahaja, dikatakan pada tahun sebelum ini secara purata sebuah trak F-series dijual setiap 35 saat.

Honda Civic – 203,103

Model kebanggaan abang-abang H ini memang cukup laris di pasaran. Resipi Honda untuk Civic ini sebenarnya cukup mudah. Ekonomikal, praktikal dan sporty adalah perkara wajib. Varian istimewa yang seperti Type R sebagai pelengkap adalah satu kemestian dalam usaha untuk menjadi peneraju dalam pasaran.

Honda CR-V – 190,319

Baik untuk pasaran tempatan ataupun luar negrara, Honda CR-V memang cukup laris dan popular. Sekali lagi Honda menggunakan resipi yang sama untuk model ini iaitu operasi yang ekonomi dan tahap pemanduan yang menyeronokkan.

Toyota RAV4 – 190,118

Toyota merupakan pesaing terdekat CR-V sejak sekian lama sejak diperkenalkan pada tahun 1997. Ia juga merupakan model crossover kompak SUV pertama Toyota. Walaupun tidak banyak kelihatan di negara kita pasarannya di seluruh dunia memang boleh tahan.

Volkswagen Golf – 177,503

Ini merupakan hatchback kelas premium kebanggaan Volkswagen. Ia cukup luas dan mempunyai kuasa yang lebih dari mencukupi untuk menggerakkan roket jalan raya bersaiz kecil sepertinya (khusus model GTi). Dari dulu Golf memang antara model hatchback paling laris di serata dunia.

Volkswagen Tiguan – 173,058

Bukannya sesuatu yang mengejutkan jika SUV kompak VW ini turut berada dalam senarai. Satu daripada faktor kejayaannya ialah pengenalan Tiguan ke pasaran China sejak tahun 2009. Tambahan pula 40 peratus jualan kenderaan VW adalah dari Asia khususnya China sebagai pasaran terbesar mereka.

Volkswagen Polo -167,888

Hatchback kecil VW kini sudah memasuki generasi keenam dan hanya sedikit ketinggalan berbanding Golf. VW turut mengeluarkan versi sedan Polo khusus untuk pasaran Brazil dan negara Amerika Selatan lain.

Toyota Camry – 164,158

Camry kini berjaya menewaskan Accord dalam kereta terlaris dunia. Memasuki generasi kelapan ia kini adalah lebih sporty dan agresif. Ia merupakan “World Car” kedua Toyota selepas Corolla dan dihasilkan di Jepun , China, India, Malaysia, Russia, Taiwan, Thailand dan AS.

Volkswagen Lavida – 143,686

Bukan, bukan, ini tak ada kena mengena langsung dengan tokey produk pemutihan hati, maaf, kulit terkenal. Walaupun tidak dipasarkan di negara kita ia sebenarnya cukup laris dengan jumlah jualan pada tahun lepas mencecah 473,564 unit    

sumber Carbuzz.com

Tags
Google ads
Back to top button