Artikel PilihanMotosikal

TERKINI! BRAD BINDER GANTI HAFIZ SYAHRIN. BO55KU TERSINGKIR DARI KTM TECH 3!

Berita terbaru dalam MotoGP. Brad Binder sah akan menggantikan Hafizh Syahrin bagi pasukan Red Bull KTM bermula tahun hadapan.

Umum mengetahui hanya Hafizh sahaja yang belum lagi menandatangani kontrak perlumbaan MotoGP untuk tahun hadapan bagi kalangan pelumba kem KTM.

Pol Espargaro, Zarco dan yang terbaru Oliveira sudah pun mengesahkan penglibatan mereka bersama pasukan tersebut untuk setahun lagi pada 2020.

Kini setelah Brad menandatangani kontrak kelas premier MotoGP, maka kedudukan Hafizh sudah jelas, beliau akan disingkirkan dari kem KTM meskipun baru satu musim bersama jentera tersebut.

Brad Binder yang merupakan juara Moto3 tahun 2016 akan menemani Oliviera yang juga merupakan rakan sepasukannya ketika bertarung dalam kelas Moto2 pada 2017 dan 2018.

Binder yang memenangi tangga kedua di Assen dan Sachsenring buat masa ini berada di tangga ke lapan dalam saingan pungutan mata Moto2 dan merupakan satu satunya penunggang KTM yang berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik musim ini.

“Ia satu peluang yang menakjubkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KTM, Red Bull KTM Tech 3, pengurus saya dan keluarga saya kerana membantu saya ke kelas premier dan berpeluang untuk mencuba.

“Ia perasaan yang mengujakan bila mimpi jadi kenyataan. Apabila anda berusaha ke arah impian ini – untuk bertanding di kelas premier bersama pelumba terbaik dunia dan motosikal terbaik di dunia. Ia benar-benar perasaan yang sukar digambarkan.

Bos KTM juga turut gembira dengan kemasukan Brad ke kem mereka.

“Mendapatkan Brad Binder bersama pasukan MotoGP kami merupakan saat yang menggembirakan kerana beliau sudah bersama kami selama lima tahun dan salah seorang juara kami,” ujar Pit Beirer, Pengurus KTM Motorsport.

“Kami ada hubungan yang kuat dan gembira, ianya berterusan. Jelas, kami ada cabaran yang besar di hadapan dan kami juga bertanggungjawab terhadap masa depan beliau untuk memastikannya kami cemerlang bersama.

“Kami juga percaya dengan hakikat bahawa Brad ada kemaahiran tunggangan yang luarbiasa, beliau mampu mendesak jentera ke tahap maksimum. Kami fikir, beliau adalah pelumba terbaik untuk kami dan kami tak sabar untuk melihatnya beraksi bersama jentera MotoGP.

“Saya pasti beliau akan memberi input tambahan kepada pasukan kerana terbukti beliau dah lakukannya dengan setiap jentera yang ditunggangnya selama ini. Ia bukan sahaja untuk pasukan ini, malah untuk semua peminat juga”

Binder akan menjadi warga Afrika Selatan pertama dalam sejarah yang akan bertanding dalam kelas premier MotoGP sejak tahun 2000. Beliau juga mencatat kemenangan dunia yang pertama dalam kelas Moto3 menerusi jentera Triumph ada tahun 2016.

Hafizh Syahrin yang bakal meninggalkan Tech 3 pada penghujung musim ini berkemungkinan besar akan kembali ke kelas Moto2. Beliau berpotensi untuk berlumba bersama kem Tech 3 atau Petronas di mana beliau berkhidmat dari 2011 hingga 2017.

Google ads
Back to top button