Motosikal

SUZUKI V-STROM 1050XT KINI DI PASARAN. GAYAAN DR-BIG, RM81,900

Selain Hayabusa, Suzuki Malaysia turut melancarkan model touring terkenal V-STROM 1050XT. 

Jentera tahun 2021 itu 2021 menampilkan pakej penggayaan yang lebih tajam, dengan rekaan paruh panjang yang memberikan penghormatan buat jentera lumba padang pasir lagenda Suzuki DR-Z dan model komersial off-road DR-BIG.

SUZUKI V-STROM 1050XT

Harga: RM81,900 (harga jualan cadangan tanpa insurans dan pendaftaran)

Warna: Metallic Oort Gray No.3/Glass Sparkle Black,  Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange

Dihasilkan dan direka untuk menjadi ‘The Master of Adventure’, V-STROM 1050XT merupakan model Suzuki yang paling lengkap, membenarkan penunggang untuk meneroka potensi sebenar sebuah jentera kembara sports. 

Motosikal itu menawarkan kadar keseimbangan terbaik dari segi prestasi, pengalaman dan keseronokan tunggangan. Ia dilengkapi Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang menawarkan sokongan maksimum untuk penunggang, serta kedudukan tunggangan yang lebih santai. 

Sistem unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi menggunakan bacaan data yang sangat tepat. Ia sebagai tindak balas terhadap postur kenderaan di dalam sistem kawalan terdiri daripada sistem motion track brake, hill hold control dan slope dependent control.

Rekaan casis V-STROM yang ringan dan kompak menjadikan ia sebuah jentera lebih selesa dan menyeronokkan. Rekaan enjin V-twin yang tirus membolehkan jentera ini mengekalkan rekaan badan yang ramping, walaupun didatangkan dengan tangki bahan api sebesar 20 liter. 

Rekaan itu membolehkan penunggang meletakan kaki ke tanah dengan mudah. Rangka aluminium tuang twin-spar yang ringan dibantu dengan lengan ayun aluminium memberikan kadar keseimbangan ketegaran optimum untuk prestasi kestabilan dan pengendalian yang ringan.

Enjin V-twin 90 darjah bersesaran 1,037 cm3 sejukan cecair kini mematuhi piawaian Euro 5. Pada masa sama mengekalkan output kuasa yang tinggi dan menjimatkan bahan api. Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 79kW dan tork 101Nm @ 4,000rpm. 

Digandingkan dengan sistem pendikit ride-by-wire, V-STROM 1050XT mengekalkan saiz bore yang besar (49 mm berbanding 45mm pada model terdahulu). Sementara badan pendikit pula dipasang secara individu pada bahagian depan dan belakang silinder. 

rough mountain road curve

Sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) meningkatkan tahap penggunaan dan keselesaan. Ia terdiri daripada ciri-ciri seperi kawalan jelajah, sistem Motion Track Brake dan sistem brek gandingan, Hill Hold Control, Slope Dependent Control, Load Dependent Control, pendikit elektronik ride-by-wire, sistem kawalan cengkaman, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki easy start dan Low RPM assist.

Sistem kawalan jelajah yang baharu ini mampu mengekalkan kelajuan yang telah ditetapkan oleh penunggang tanpa perlu memulas pendikit bagi mengurangkan penat.

Kelajuan jelajah boleh diaktifkan dari kelajuan kira-kira 50km/j hingga 160km/j pada gear keempat atau ke atas menerusi suis pada bahagian kanan bar hendal. Manakala  suis pada bahagian kiri pula boleh menetapkan kadar kelajuan yang dikehendaki.

Kelajuan jelajah juga boleh dimatikan di bawah sesetengah kondisi. Misalnya ketika penunggang menggunakan brek, tuil klac, menukar gear, memulas semula pendikit dipulas, kelajuan jentera bawah 50km/j atau posisi gear ketiga dan ke bawah serta apabila tayar tergelincir. 

Ciri SuzukiDrive Mode Selector (SDMS) pula menawarkan tiga tetapan bermula dari respons pendikit yang tajam, sehinggalah kepada respons pendikit lebih lembut.

Untuk pasaran Malaysia, V-STROM 1050XT didatangkan standard dengan satu set side case aluminium tulen Suzuki berwarna perak yang mampu meningkatkan praktikalitinya. V-STROM 1050XT juga hadir dengan kelengkapan eksklusif seperti under cowling aluminium, bar aksesori, lampu membelok LED, knucle guard, tempat duduk boleh laras, cermin penghadang angin boleh laras serta soket DC 12 V.

Turut didatangkan standard adalah topang tengah yang amat diperlukan oleh mana-mana motosikal kembara.

V-STROM 1050XT kini boleh didapati di masa-masa pusat pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Semua motosikal Suzuki didatangkan standard dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km. Pemilik disokong oleh jaringan 70 buah pusat jualan dan servis berpengalaman.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.suzuki.com.my atau emel ke [email protected]

GALERI

Google ads
Back to top button