Buletin

SCG003S – KERETA JALANAN PALING LAJU DI LITAR NURBURGRING?

Scuderia Cameron Glickenhaus akan melancarkan model produksi pertama mereka, SCG003S pada acara Geneva Motor Show 2017 pada bulan depan.

Ia nampaknya tidak sabar untuk menunjukkan catatan masa 6:30 minit di litar Nurburgring, 27 saat lebih pantas berbanding Porsche 918 Spyder! Catatan masa itu juga hanya 20 saat lebih lambat daripada rekod yang dilakukan oleh pelumba Stefan Bellof pada tahun 1983.

SCG003S didakwa menjadi model kereta paling laju di selekoh yang sah dipandu di atas jalan biasa. Jentera tersebut memiliki downforce mencecah 700kg pada kelajuan 250km/j dan memberikan keseronokan 2G ketika mengambil selekoh.

Dibina menggunakan tangan di kilang Manifattura Automobili Torino (MAT) di Itali, SCG003S dipacu oleh enjin turbo berkembar V8 bersesaran 4.4 liter. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear sequential tujuh kelajuan yang dikawal menggunakan paddle shifter.

Menghasilkan kuasa sehingga 800hp dan tork 850Nm, ia mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa bawah tiga saat dengan pecutan maksimum 350km/j.

Badan kereta ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan gentian karbon. Manakala bahagian kabin menampilkan rekaan yang ergonomik. Apa yang lebih penting, SCG003S memenuhi standard keselamatan FIA yang sangat ketat.

Bagi memastikan SCG003S dapat berhenti dengan selamat, Scuderia Cameron Glickenhaus menggunakan cakerea brek custom Brembo CCM-R dengan enam omboh di hadapan dan empat omboh angkup di belakang.

Kalau semua dah claim kereta dia orang yang paling laju, kita nak percaya yang mana satu ni?

BACA: VW BEETLE LSR – PALING LAJU DI DUNIA, 330km/j!

BACA: 812 SUPERFAST – MODEL FERRARI PALING BERKUASA DAN LAJU SETAKAT INI

Google ads
Back to top button