Buletin

MYTUKAR KEMBANGKAN OPERASI KE SELURUH NEGARA PADA 2022. MAHU BUKA 25 BILIK PAMERAN

myTukar merancang untuk mengembangkan operasinya ke seluruh negara pada tahun 2022 dengan membuka 25 bilik pameran dan pusat peruncitan demi memberi kemudahan kepada semua pelanggannya.

Selain platform digital, bilik pameran baharu ini juga akan menjadi lokasi penting untuk pelanggan membeli dan menjual kereta mereka. Kemudahan itu menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang menyeluruh, termasuklah servis dan penyelenggaraan.

Antara lokasi yang akan dibuka ialah Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Lembah Klang Valley, Johor dan Seremban.

“Dengan pengembangan ini, kami harap dapat mengukuhkan myTukar sebagai satu jenama komuniti dan platform yang merangsang pertumbuhan industri kereta terpakai.  

“Cawangan-cawangan ini juga membolehkan kami untuk menawarkan akses rangkaian kereta terpakai berkualiti kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif myTujar, Derrick Eng.

myTukar kini merekodkan peningkatan jualan kereta terpakai sebanyak 15 hingga 20 peratus dan dijangka terus berkembang pesat pada tahun 2022. Ia berikutan masalah bekalan semikonduktor global yang menjejaskan pengeluaran kereta baharu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://mytukar.com/

Google ads
Back to top button