Motosikal

SUZUKI RAIDER 150 2021 VERSI NAIK TARAF BAKAL MENCABAR EXCITER 155 VVA, WINNER X DI VIETNAM

Sejak diperkenalkan di pasaran Vitenam pada tahun 2016, jentera Suzuki Raider R150 tidak pernah dinaik taraf secara signifikan dalam memberi saingan kepada segmen manual motosikal model 150 cc.

Justeru, tidak hairanlah desas-desus terbaharu mengatakan Suzuki Vietnam bakal memperkenal model Raider R150 yang dinaik taraf dengan rekaan lebih sporty dan prestasi enjin tinggi.

Menurut laporan di Vietnam, jentera terbaharu yang akan di naik taraf terbabit bakal dilengkapi dengan sistem brek ABS malah didatangkan dengan enjin berkuasa tetapi menjimatkan penggunaan petrol.

Dengan didatangkan rekaan lebih sporty, ia sudah tentu akan memberi saingan kepada dua model yang cukup popular di negara berkenaan iaitu Yamaha Exciter 155 VVA dan Honda Winner X.

Bahkan, buat masa ini, Suzuki Raider R150 mendapat khidmat enjin 150cc DOHC dengan kuasa maksimum mencecah 18.5hp, yang mana ianya telah mengatasi kuasa maksimum Yamaha Exciter 155 VVA dengan 17.7hp dan Honda Winner X dengan 15.4hp.

Kemungkinan kuasa enjin berkenaan akan meningkat malah dengan teknologi penjimatan bahan api tidak mustahil jentera itu dapat mengatasi dua lagi model yang cukup popular di Vietnam. – arenamotosikal/ thethao247.vn

Google ads
Back to top button