Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG TAMAN TEMA FERRARI WORLD ABU DHABI

Ya betul, sebuah taman tema yang berasaskan jenama Ferrrari telah beroperasi di Yas Island, Abu Dhabi beroperasi semenjak tahun 2010. Dengan menggunakan tema Ferrari, taman tema ini memuatkan semua jenis roller coaster yang boleh dinaiki oleh satu keluarga dan juga ada sesetengah permainan hanya terhad kepada pengunjung dewasa sahaja.

Inilah fakta pantas berkenaan dengan Ferrari World Abu Dhabi.

1. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan tempoh pembinaan mengambil masa sehingga tiga tahun. Taman tema seluas 86,000 meter persegi ini mulai dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 4 November 2010

2. Roller Coaster paling ekstrim di taman tema ini ialah Formula Rossa dimana ia mampu memecut 0-240km/j dalam masa 4.9 saat dengan menggunakan sistem pelancaran hidraulik. Ia merupakan sistem yang sama digunakan oleh kapal pengangkut pesawat perang untuk melancarkan jet pejuang

3. Panjang trek roller coaster yang diilhamkan oleh Litar Monza ini ialah 2000 meter dengan puncak tertinggi ialah 52 meter. Pengunjung akan mengalami daya sehingga 1.7G sewaktu pecutan dan maksima 4.8 sepanjang perjalanan. Atas sebab keselamatan, penumpang wajib memakai pelindung mata sewaktu menaiki roller coaster ini.

4. Kalau anda kurang berani, boleh cuba Fiorano GT Challenge di mana 2 set roller coaster akan berlumba antara satu sama lain dengan laju mencecah 95km/j di atas trek sepanjang 1.08km. Unit ini akan dilancarkan dengan motor elektrik dan menggunakan brek elektromagnetik

5. Selain daripada itu, pengunjung boleh menikmati permainan lain seperti Flying Aces, Turbo Track, Turbo Tower, Formula Rossa Junior, Flying Wings, Speedway Race dan Bell’ Italia. Ini baru sikit kerana taman tema ini terbahagi kepada 4 zon yang berbeza.

6. Family Zones ini secara asasnya satu keluarga boleh masuk bagi menikmati Adventure Land, Formula Rossa Junior, Speedway Race, dan juga Flying Wings untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa

7. F1 Zones pula menempatkan roller coaster Formula Rossa, Junior Grand Prix dan juga Gelleria Ferrari yang menempatkan model-model sebenar hypercar Ferrari seperti 288 GTO, F40, F50, Enzo, La Ferrari dan juga Bernalita.

8. Italian Zone akan menempatkan taman tema yang berasaskan kawasan ibupejabat Ferrari di Maranello seperti Belle Italia, Speed of Magic 4D, cabaran kereta kawalan jauh dan juga lawatan khas untuk melihat bagaimana kereta Ferrari dihasilkan di kilang mereka secara interaktif

9. Zon terakhir ialah Adventure Zone yang menempatkan 3 simulator Advance Scuderia Challenge sama seperti yang digunakan oleh pasukan lumba mereka. 3 simulator ini ialah F1 Simulator, F1 2.0 dan Ferrari F430 GT Simulator.

10. Nak cerita semuanya nanti panjang sangat sebab terdapat 40 permainan yang disediakan dalam taman tema ini termasuklah go-kart untuk kanak-kanak, sekolah memandu dan keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak

11. Semasa membeli tiket ini secara atas talian, anda boleh memuat turun aplikasi dan mendaftar menggunakan aplikasi. Aplikasi ini membenarkan anda menggunakan muka anda sebagai ID untuk masuk. Jadi semasa masuk ke taman tema, tunjuk saja muka dan pintu pagar akan terbuka.

12. Ada 4 kafeteria yang disediakan mengikut tema iaitu makanan segera Mamma Rosella, kafe dengan tema untuk pekerja Ferrari iaitu Il Podio, Bar Kopi Espresso Rosso yang menyajikan kopi, pastries dan kek citarasa Itali dan akhir sekali restoran Officer Food Quarters yang berasaskan Mediterranean yang dibuka 24 jam sehari.

Mamma Rosella menyediakan pizza yang dibakar dengan kayu arang dan juga pasta. Asalnya Mamma Rosella ini membuka kedai makan di sebelah kilang Ferrari di Maranello yang menjadi kegemaran ramai pemandu Ferrari. Restoran ini dinobatkan restoran Itali terbaik 2015 dan 2016 di Abu Dhabi.

Google ads
Back to top button