Buletin

JUALAN PERODUA NAIK 102% PADA SEPTEMBER 2021

Penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik untuk 3 bulan berturut-turut sebanyak 102 peratus kepada 14,160 unit pada September daripada 6,988 unit pada Ogos apabila situasi bekalan bertambah baik secara beransur-ansur.

“Rangkaian bekalan automotif telah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. Kami akan terus berusaha bersama-sama para pembekal dan pengedar untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menjelaskan bahawa pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat dalam operasi Perodua. Ini bagi memastikan kepuasan para pelanggan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran.” kata Zainal.

Daripada perspektif setakat tahun ini, Perodua telah menjual 119,093 kenderaan antara Januari dan September 2021 berbanding 145,012 unit dalam tempoh yang sama tahun 2020.

Dalam perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit antara Julai dan September daripada 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.

Sekatan Pergerakan Kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021.

Suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90% populasi orang dewasa Malaysia.

Google ads
Back to top button