Artikel PilihanBuletin

SELAMAT TINGGAL NAKAMURA SAN, TERIMA KASIH HADIAHKAN DUNIA DENGAN GT-R

Jika anda suka Nissan GT-R maka anda wajib kenal “otai” ini, Shiro Nakamura, lelaki yang bertanggungjawab sebagai ketua rekabentuk kereta sport Jepun paling dihormati pada hari ini.

Nakamura san meninggalkan Nissan tepat sebulan yang lalu selepas 17 tahun bersama syarikat tersebut. Sejak menyertai Nissan pada 1999, beliau telah mengubah bahasa rekabentuk Nissan menjadi moden.

Ada orang kata, Nissan moden sudah kelihatan seperti gabungan rekaan tradisional Jepun dan rekaan kontemporari Eropah.

BACA: PERJUMPAAN GTR TERBESAR DI TANAH ARAB

BACA: INI RAHSIA JADIKAN GT-R BEGITU BERKUASA

Nakamura San merupakan Senior Vice President dan juga Ketua Pegawai Rekabentuk Nissan yang dikenali dengan idea merentasi masa. Malah sewaktu beliau di Isuzu dulu pun, beliau dikritik kerana menghasilkan Isuzu V-Cross (Vehicross).

V-Cross, rekaan Nakamura sewaktu di Isuzu

Rangka kerja pertamanya ketika di Nissan ialah merekabentuk Murano dan seperti yang kita lihat, Murano memang sebuah SUV yang sangat berbeza berbanding SUV lain dalam kelasnya. Beliau kemudiannya mengetuai rekaan 350Z Fairlady kemudian diberi kepercayaan untuk model-model premium Nissan iaitu Infiniti.

Antara rekaan yang dibuat ialah model-model G, M, Q50, dan Q30 sementara dalam kem Nissan, beliau menghasilkan rekaan kereta elektrik Leaf, kereta “kotak” Cube dan juga paling kontroversi Juke.

Bagaimanapun, pada pertengahan kariernya tanggungjawab membina Nissan GT-R adalah yang paling mencabar. Pun begitu, beliau berjaya merealisiasikan falsafah Nissan moden dan membawa syarikat ini keluar dari kemelut ekonomi yang teruk. Nissan bangkit tapi sayangnya kenapa beliau terlepas pandang jurutera rekabentuk Almera.

Apapun, tahniah kepada Nakamura San yang telah mengubah dunia. Tanpa beliau, mungkin Nissan GT-R tak akan serupa dengan bentuk kotak-simetri. Pada pandangan kami, GTR akan ikut trend rupa seperti NSX atau LFA.

 

 

Google ads
Back to top button