Motosikal

LAJU? DUCATI PANIGALE JUGA BOLEH DIBUAT JADI CANTIK – INI SENTUHAN ILLUSART

Secara total saya main motor, berhenti, main kejap-kejap kemudian berhenti kejap. Main kereta dan main motor pinjam suka-suka mungkin sekitar 15 tahun agaknya. Dalam tempoh itu macam-macam benda yang terjadi dan selalunya perkara yang buat kita jadi ‘perlahan’ bilamana tengok insiden melibatkan kawan baik.

Pernah satu ketika saya kehilangan dua orang kawan rapat dalam masa sebulan. Masa tu mulalah fikir secara serius tentang keluarga, isteri dan anak-anak. Boleh tengok sendiri kesannya bila menunggang tak ingat dunia dan kadang-kadang jadi terkilan bila kemalangan berlaku disebabkan kecuaian orang lain sedangkan kita ni habis tertib dah bawak motor.

Dalam tempoh waktu itu juga saya dah berjumpa bermacam jenis rider. Jenis harini keluar motor besok dah sarung Supercorsa kemudian bawak ke trek pun ada. Ada yang keluar kedai terus sarung bodykit racing tak ada lampu depan pun.

Ada yang keluar dari showroom sampai rumah naik lori tak pernah ride jarak 100km pun dalam setahun. Macam-macam ragam dan jenis orang tapi yang ini memang agak rare juga sebuah 1199 yang dibeli, modified tapi berkilat boleh dijilat!

Pemiliknya nama Muhammad Yusaini yang sangat peramah dan merendah diri orang nya. Kalau saya kaya macam ni mau nya riak takabur tanpa disuruh. Dan resminya begitulah, Brader Yusaini ni bukan ada 1 ni je tapi beberapa buah motor lagi yang saya nampak R1200GS dan S1000rr semua dia punya.

Tamaknya? Kalau korang berduit dan minat motor apa lagi nak buat? Takkan nak beli beg tangan Hermes?

Minat terhadap jentera beroda 2 ni bermula kira-kira 4 tahun lepas. Berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi, mengenali dengan lebih dekat kemahiran menunggang, brader Yusaini ni secara serius membeli sebuah motosikal khusus untuk kegunaan trek.

Di situlah beliau berlatih dengan kelengkapan yang cukup dan kemahirannya dapat diasah tanpa membahayakan diri dan orang lain. Walaupun ‘baru’ mengenali dunia motosikal berkuasa tinggi, ternyata kecenderungan terhadap motosikal impiannya Ducati tak dapat ditahan lagi.

Tanpa berfikir panjang, Yusaini ni pun memesan sebuah 1199 Panigale baru. Kalau sesetengah orang beli 1199 pun dah cukup bertuah, brader ni lagi kejam. Dapat saja motor, ia dihantar ke Ilusart, sebuah pusat modified kosmetik di Subang yang tak asing lagi di kalangan pencinta motosikal berkuasa tinggi.

Konsep yang dipilih ialah Martini Racing. Ye lah, atas jalan berapa kerat sangat 1199 yang bukan warna merah? Dengan tema Martini tadi 1199 ini turut dipasangkan dengan segala jenis mak nenek aksesori Ducabike yang ada untuk model ni.

Ditambah lagi dengan set sproket CHT Racing, barang-barang dari Ducati Permofmance boleh dikatakan motor ni terus diharamkan bawak ganas-ganas. Dia punya jaga macamana pun tak reti saya nak gambarkan. Saya ada seorang kawan yang mofified Evo 7 Varis lengkap, turbo sebesar perigi dan kesudahannya kereta banyak duduk dalam garaj sebab sayang takut rosak dan calar!

Setelah bosan dengan konsep Martini tadi, Yusaini ni pun menukar konsep terkininya dengan tema baru. Ya, saya setuju kalau dikatakan hasil kerja Ilusart ni memang detail dan terperinci sekali. Yang panting, ianya kemas dan kalau tengok pada kemasan stciker atau airbrush, bila dilapis dengan coating terakhir akan nampak macam keluaran kilang!

Sepertimana kehidupan seorang bikers sejati, brader kacak yang berusia 41 tahun ni pernah melengkapkan konvoi ke Phuket dan Koh Samui. Kalau beli big bike tapi setakat konvoi pergi ulu yam baik jual dan beli skuter, tak pun main mountain bike pun diorang boleh ride sampai Tanjung Malim kau.

Brader Yusaini ni kalau diboleh simpulkan, dia bukanlah jenis orang yang suka laju tak tentu hala, dua buah motosikalnya di Ilusart boleh lah dikatakan dia jenis orang seni. Orang yang suka benda-benda nampak cantik, kemas dan sporty.

Kalau ini motor saya pun belum tentu saya bawak pergi ride jauh-jauh apatah lagi nak bawak pergi trek. Bawak ke SIC kemudian letak atas paddock stand mungkin juga lah. Sebenarnya lokasi terbaik motor macam ni ialah dalam garaj rumah. Bangun pagi, sambil pekena kopi kemudian ambil kain buat-buat gosok cuci mana yang patut walaupun memang tak kotor.

Ambik kerusi malas, duduk menghadap motor sambil layan vape perisa Kailan Ikan Masin. Yahoooo!!!!

BACA: SUPERLEGGERA 1299, PANIGALE PALING EKSOTIK DI DUNIA

BACA: DUCATI PANIGALE CAFE RACER, SI JERUNG BIRU

 

 

 

 

Google ads
Back to top button