Artikel Pilihan

SELEPAS 64 TAHUN, NISSAN SKYLINE AKHIRNYA TERKUBUR

Nissan Motor dilapor akan menghentikan pembangunan model sedan Skyline selepas 64 tahun. Untuk makluman, Skyline merupakan model pertama Nissan dan menjadi antara jentera paling ikonik Nissan. 

Skyline menjadi bukti kemakmuran ekonomi Jepun sekitar tahun 1960-an dan 1970-an di mana pemilikan kenderaan persendirian semakin berkembang di sana. Ia juga berperanan dalam membentuk fakbrik sosial, kehidupan seharian dan kebudayaan masyarakat Jepun. 

Jentera itu sangat popular terutama dalam kalangan orang muda. Namun kini, Nissan perlu mengalihkan fokus sumbernya kepada pembinaan SUV dan EV, selain terpaksa mengubah struktur perniagaannya.

Ini bermakna, Nissan terpaksa mengambil keputusan menghentikan Skyline yang mula dilancarkan pada tahun 1957 oleh sebuah pembuat kereta berskala kecil dikenali sebagai Fuji Precision Machinery, sebelum ditukar nama menjadi Prince Motor Company.

Ketika Jepun rancak membina lebuh raya dan permintaan terhadap kereta kian meningkatSELEPAS 64 TAHUN, NISSAN SKYLINE AKHIRNYA TERKUBUR, Skyline yang memiliki 60hp pada ketika itu menjadi jentera paling berkuasa dalam kelasnya di Jepun. 

Salah satu model Skyline paling popular ialah generasi keempat yang dihasilkan pada tahun 1972. Model itu dikenali sebagai “Kenmeri” selepas iklan televisyen yang mempromosikannya menampilkan satu pasangan orang Barat bernama Ken dan Mary. Skyline “Kenmeri” berjaya mencatat jualan lebih 660,000 unit dan menjadi simbol budaya anak muda Jepun.  

Pada tahun 2002, Nissan menghentikan produksi Skyline GT-R. Setahun kemudian, Presiden Nissan ketika itu, Carlos Ghosn mengumumkan pelan untuk menghidupkan kembali jenama tersebut. Ia dihidupkan semula sebagai sebuah kereta sports berkuasa tinggi Nissan GT-R pada tahun 2007, tetapi tidak lagi menggunakan nama Skyline. 

Model terkini Skyline dilengkapi teknologi pemanduan autonomi dan mula dipasarkan pada tahun 2019. Walaupun mempunyai peminat yang ramai dan sebuah muzium khas di wilayah Nagano, permintaan terhadap Skyline terus merudum berikutan peralihan minat pengguna kepada SUV. 

Hanya 3,900 unit Skyline berjaya dijual pada tahun 2020. Jauh lebih kecil berbanding 150,000 setahun pada tahun 1970-an. 

Nissan mengakui keputusan untuk menghentikan pengeluaran Skyline sangat menyedihkan. Namun ia perlu demi memastikan survival Nissan pada masa depan. Nissan kini perlu memberi perhatian kepada R&D ke atas EV. Malah, Nissan akan menghentikan pembangunan semua model sedan untuk pasaran Jepun seperti Fuga dan Cima. 

Google ads
Back to top button