NISSAN SKYLINE GT-R R35 + DUCATI PANIGALE V4 S 2020, UNTUK DIJUAL. FREEGIFT Y15, HARGA RM500K NEGO
Mungkin ada penggemar automotif yang sedang berkira-kira untuk memiliki dua jentera sekali gus Nissan Skyline GT-R R35 dan Ducati Panigale V4 S.
Tidak perlu berfikir panjang kerana melalui hantaran Facebook Epiey Seven, dia menawarkan jentera Nissan Skyline GT-R R35 dan Ducati Panigale V4 S tahun 2020 yang didatangkan bersama ekzos Akrapovic.
Bahkan, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR sebagai hadiah percuma apabila membeli dua jentera terbabit.
Menurut laman tersebut, dua jentera berkenaan ingin dijual pada harga RM500,000 (boleh dirunding) bersama motosikal percuma itu.
Model Nissan Skyline R35 yang mendapat khidmat enjin dinaiktaraf mampu menjana kuasa sehingga 840 hp dan dipadankan bersama body kit Top Secret.
Ia turut dicat semula dengan sentuhan warna merah Lamborghini yang menelan belanja kira-kira RM12,000.
Jentera Nissan Skyline R35 kelihatan lebih garang dengan padanan warna merah dan masih mengekalkan rim Advance GT Original berwarna hitam dibaluti tayar Potenza RE001.
Secara keseluruhan, proses naiktaraf jentera Nissan Skyline R35 dianggarkan bernilai hampir RM200,000.
Untuk keterangan lanjut mengenai jentera-jentera berkenaan boleh melayari laman Facebook Epiey Seven.
- BACA: YAMAHA Y15ZR GP EDITION 2020. DAPAT SIJIL DAN JAM PINTAR. HARGA RM8,868
- BACA: DUCATI PANIGALE SUPERBIKE TERLARIS DUNIA 2019!
- BACA: NISSAN PERTAHAN KITARAN HAYAT GT-R R35 YANG SUDAH TERLALU LAMA. ALASANNYA IALAH…
- BACA: DI JEPUN, WUJUD GERAKAN HALANG ORANG ASING BELI NISSAN SKYLINE GT-R. FUH… SIAPA DIA ORANG NI?