Buletin

NISSAN SKYLINE GT-R R34 V-SPEC II NUR UNTUK DILELONG. BARU 10 KM PERBATUAN SAJA

Jentera Nissan Skyline GT-R R34 merupakan antara ikon JDM yang popular dan menjadi ‘buruan’ pengumpul kenderaan.

Ia sekali gus melonjakkan tag harga model dari Jepun berkenaan.

Terbaharu, satu unit yang sangat rare dengan perbatuan hanya mencecah 10km akan dilelong BH Auction di Jepun.

Jentera itu dijangka mampu menjadi R34 paling mahal yang pernah dijual.

Model GT-R yang dimaksudkan merupakan model V-Spec II Nur.

Lebih menarik, sebanyak 718 unit sahaja yang dihasilkan menjadikan ia sangat istimewa.

Daripada jumlah tersebut, 159 unit disertakan dengan warna putih seperti GT-R ini.

Jentera berkenaan mendapat khidmat enjin RB26DETT dari Nissan versi N1 yang mendapat sentuhan warna eksklusif berwarna emas.

Varian enjin N1 terbaharu itu dilengkapi crankshaft yang diimbang semula, saluran air dan minyak lebih baik di dalam blok enjin, piston serta cincin piston dinaik taraf, turbocharger baharu malah camshaft yang dinaik taraf.

Ciri lain yang dibuat pada V-Spec II Nur ini termasuk sistem suspensi lebih baik, sistem brek diperbesar dan bonet gentian karbon.

Pada tahun lalu, Skyline GT-R V-Spec II dengan warna Millenium Jade dijual pada harga AS$485,000 (RM2 juta) dengan perbatuan 362km- carscoops

Google ads
Back to top button