Motosikal

OPERASI JUALAN DAN SELEPAS JUALAN VESPA, PIAGGIO & APRILIA KINI DI BAWAH SATU BUMBUNG

Pengedar rasmi motosikal Piaggio, Vespa dan Aprilia di Malaysia, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) kini menyelaraskan operasinya dengan menggabungkan tiga jenama tersebut di bilik pameran Piaggio Motoplex Concept yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya.

Langkah itu dilihat mampu meningkatkan lagi kualiti jualan kepada pelanggan dan memberikan mereka pendekatan lebih menyeluruh terhadap tiga jenama berkenaan. Bukan itu sahaja, Naza Premira menyepadukan divisyen selepas jualan produk-produk Piaggio Group dengan menubuhkan Pusat Teknikal Naza Premira di lokasi sama.

Para pemilik boleh menyelenggara motosikal masing-masing di semua pusat servis sah Naza Premira di seluruh negara. Kakitangan pusat servis tersebut telah menerima latihan teknikal yang menyeluruh daripada Piaggio Asia Pasifik di Hanoi, Vietnam.

Ia juga dilengkapi Sistem Diagnostik Termaju Piaggio (PADS) yang mampu melakukan analisis teknikal. Misalnya memuat turun data Electronic Control Unit (ECU) yang boleh diprogram dan diset untuk tujuan pemetaan semula atau ketika membuat pemeriksaan jika terdapat sebarang kesalahan kod bagi proses trouble shooting.

Dengan penyelarasan divisyen selepas jualan ini, Naza Premira mendapat sokongan yang baik daripada pusat servis sah mereka. Malah jualan alat ganti Piaggio di seluruh negara meningkat sebanyak 200 peratus.

“Kami kini mempunyai stok alat ganti dan aksesori bernilai lebih RM2 juta. Manakala para pengedar sah pula memiliki alat ganti dan aksesori bernilai lebih RM300,000. Melalui inisiatif ini, kami dapat memberi ketenangan minda kata pelanggan apabila membeli mana-mana produk Piaggio,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Premira, Farouk Faisal.

Bilik pameran Piaggio Motoplex Concept dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini.

BACA: FAKTA UNIK DAN MENARIK TENTANG SEBUAH… VESPA

BACA: SENTUHAN AZMISCOOTERS – VESPA RESTORASI PENUH UNTUK DIJUAL

GALERI

Google ads
Back to top button