Buletin

‘SEMANGAT BROTHERHOOD” SHELL MOTOGP 2016 SEPANG, TIKET BERMULA RM42

Bertempat di Pusat Membeli-belah Nu Sentral, KL Sentral, Sepang International Circuit (SIC) hari ini melancarkan perlumbaan rasmi MotoGP pusingan Malaysia yang dikenali dengan Shell Malaysia Motorcycle Gran Prix 2016.

Acara ini dirasmikan oleh Dato’ Razlan Razali, CEO SIC dan Shairan Huzani Husain, wakil dari Shell Malaysia dengan moto tahun ini berbunyi “Semangat Brotehrhood”. Pusingan ke 17 dari keseluruhan 18 pusingan MotoGP 2016 ini akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober nanti.

SIC menjangkakan peningkatan bilangan penonton pada tahun ini memandangkan sambutan luarbiasa yang diterima pada tahun lalu. Ya. Waktu “krisis” Marquez dan Rossi pada 2015 yang menjadikannya perlumbaan paling profilik dalam musim tersebut.

Pusingan British yang beru berakhir semalam juga memberi kesan besar kerana podium utama diduduki oleh pasukan bukan pilihan Suzuki Ecstar.

Tahun lepas, sebanyak 150,000 penonton hadir dan dengan kombinasi perlumbaan Moto2 dan Moto3 yang semakin rancak, tidak mustahil angka pengunjung tersebut dapat dicatat sekali lagi.

motogp sepang

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, persaingan Moto2 dan Moto3 dilihat antara pencetus utama kedatangan pengunjung di mana kemenangan podium Khairul Idham Pawi di pusingan Argentina dan Jerman pasti mencetuskan semangat patriotik kita. Pelumba-pelumba lain yang dijangka menyerlah di rumah sendiri ialah Hafizh Syahrin dalam Moto2.

Perlumbaan melibatkan pelumba tempatan ialah pasukan Drive M7 SIC menerusi pelumba mereka Adam Norrodin dan Jakub Kornfeil. Ahmad Idham Khairuddin dan Izam Ikmal bakal mempamerkan aksi mereka dalam perlumbaan sampingan Shell Advance Asia Talent Cup.

Tiket-tiket sudah mula dibuka untuk jualan. Bagi tempat duduk Grandstand F dan Suite Club ia sudahpun habis. Tiket boleh diperolehi secara onlline ataupun pada promosi semasa SIC bermula pada RM42 untuk C2 hingga RM318 untuk Premier Roving.

Pelbagai acara sampingan dijalankan termasuk tradisi karnival MotoGP. Ia dijangka disertai oleh nama-nama besar dalam industri motosikal, pelbagai cenderamata, koleksi pelumba dan aktiviti yang dirangka untuk semua.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button