Motosikal

SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD

Shell Advance hari ini melancarkan pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance.

Shell-Advance-Limited-Edition-Packs-2016-mekanika (1)

Minyak tersebut ialah Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Mulai sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan anda memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.

Shell-Advance-Limited-Edition-Packs-2016-mekanika (5)

Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah, anda hanya perlu melengkapkan  borang penyertaan dan menjawab satu soalan mudah. Kemudian lampirkan resit pembelian dan serahkannya kepada pengedar yang mengambil bahagian.

Anda juga boleh menghantar penyertaan anda secara dalam talian di www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit.

“Reka bentuk minyak enjin motosikal utama kami, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, memberi penghargaan kepada kerjasama kami selama 18 tahun dengan Ducati di litar lumba,” kata Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus merupakan satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran yang mengandungi minyak asas ultra bersih, diperbuat daripada gas asli.

Shell-Advance-Limited-Edition-Packs-2016-mekanika (2)

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses gas-kepada-cecair (GTL) serba baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal. Minyak asas GTL digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik. Ia memberikan tahap pembersihan, perlindungan daripada kehausan dan kakisan dengan lebih efektif.

Shell Malaysia sekali lagi akan menjadi penaja nama Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.  Tajaan tahun kedua berturut-turut ini dilihat penting kerana ia menjadi pentas global untuk Shell memperlihatkan produknya yang inovatif seperti Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api).

Maklumat lanjut mengenai promosi terbaru Shell Advance, sila layari laman web:  www.shell.com.my/motogp

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button