Buletin

BRITISH MOTOGP – SUZUKI ECSTAR CATAT KEMENANGAN BERSEJARAH

Sejak pengenalan format moden MotoGP, pasukan Suzuki (dan Kawasaki/Aprilia) tidak banyak mencatatkan kemenangan podium membanggakan. Tetapi semalam adalah hari yang bersejarah di mana Maverick Vinalez dari pasukan Suzuki ECSTAR mencatat kedudukan pertama di pusingan British MotoGP .

Ia bukanlah podium pertama pada tahun ini dan jika anda mengikuti perkembangan MotoGP sejak awal musim, kejutan demi kejutan berlaku. Kelihatan seperti dominasi pasukan rasmi pengilang Movistar-Yamaha dan Honda-Repsol telah diganggu gugat oleh pasukan lain. Di tangga kedua ialah pasukan LCR Honda dengan pelumba Cal Crutchlow, kejayaan podium ketiga yang dikutip untuk tahun ini.

suzuki motogp 2

Sejak 7 pusingan lepas, kedudukan di podium menampilkan 7 pemenang berbeza, 5 pasukan berlainan dan jenama pengeluar berbeza. Ia sesuatu yang sangat positif sebabnya perlumbaan besar begini lazimnya jadi membosankan bila tiada anti klimaks menjelang habis musim. Separuh perlumbaan je Yamaha dan Honda dah jauh sangat di depan.

suzuki motogp

Peminat Suzuki di Malaysia mungkin bersedih di atas berita penutupan kilang pemasangan motosikal Suzuki di Penang baru-baru ini. Bukan itu sahaja, perniagaan motosikal Suzuki juga merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun bagi sebuah syarikat yang mempunyai semangat juang yang tinggi, Suzuki berjaya mempamerkan persembahan yang cukup menarik.

Selepas British MotoGP Maverick Vinalez kini mengutip 125 mata, berada di tangga keempat di bawah Lorenzo (146 mata), Rossi (160) dan Marquez 210 mata. Berbaki 6 lagi pusingan, apa juga mungkin berlaku.

 

Kredit

Suzuki Ecstar Official Team

 

 

Tags
Google ads
Back to top button