Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – KENAPA BERDUKA NISSAN ELGRAND?

Rata – rata rakyat Malaysia cukup arif dengan model Toyota Alphard / Velfire. Tidak dapat dinafikan, segmen MPV bersaiz penuh premium dimonopoli oleh Toyota. Tidak ramai yang mengenali siapakah Nissan Elgrand ini. Walau pun berada dalam liga yang sama, namun ianya ibarat langit dan bumi. Tapi pernahkah kita selami isi hati Nissan Elgrand ini? Mari kita ikuti temu bual bersama sang gergasi yang telah lama lena ini.

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA MPV SUZUKI APV

BACA : SEMBANG SANTAI : APA KHABAR SI PERODUA ALZA

BK : Assalamualaikum Nissan Elgrand. Apa khabar sekarang ini El? Lama sungguh tak nampak bayang kau.

Elgrand : Waalakumussalam warahmatullahiwabarokatuh. Allahmdulillah. Aku sihat adanya. Terima kasihlah sebab kau sudi bertanya khabar. Ada juga orang ingat ke aku ni.

BK : Eh, gaya jawab macam sedih aja kau ni El. Aku ni bukannya apa, nak kena cari masa yang sesuai nak buat temubual dengan kau ni.

Elgrand : Terima kasih banyak – banyaklah la ya. Mujur juga ada segmen temubual ini. Kalau tidak jangan haraplah ada orang nak ingat ke aku ni kan?

BK : Iyalah El. Jadi, sebagai permulaan, cuba engkau intro sikit pasal dri sendiri.

Elgrand : Aku ini berasal dari tanah Jepun semenjak tahun 1997 lagi ketika generasi pertama E51 diperkenalkan. Dan aku sememangnya di pasarkan untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih mewah berbanding MPV biasa – biasa. Tapi generasi kedua barulah aku ini mula diterima peminat di Malaysia. Itu jam barulah muncul si Alpard ni nak cuba caras aku sedikit demi sedikit. Dan yang hairannya, peminat di Malaysia lebih jauh meminati Alphard berbanding aku ni.

BK : Dari segi spesifikasi kau pula macam mana?

Elgrand. Time aku spesifiaksi aku lebih kurang aja dengan Alphard. Dengan enjin 3.5 liter VQ35DE,sudah tentu untuk menggerakkan tubuh aku yang bersaiz Mid Valley bukanlah masalah besar. Cuma untuk yang gerun untuk membayar Cukai Jalan, pilihan enjin 2.5 liter VQ25DET turut pernah berada di atas jalanraya tempat kita.

BK : Tapi kan kenapa eh Toyota lagi popular berbanding Nissan ni? Dari segi rekaan macam tak ada beza sangat pun.

Elgrand : Sejujurnya aku juga agak cemburu dengan rekaan Vellfire yang nampak macam lagi orait berbanding aku walau pun dari segi saiz aku menang sikit. Cuma sedikit terkilan, ketika generasi ketiga aku E52 sudah mula dipasarkan secara rasmi, namun sambutan yang diberikan cukup menyedihkan. Bos bos ni lebih suka Alphard  Vellfire berbanding aku. Bila generasi ketiga AH30 Alphard / Vellfire ni diperkenalkan lagilah sendu aku dibuatnya. Aku lebih banyak berada dalam bilik pameran sahaja berbanding atas jalanraya.

BK : Itulah kan. Populariti Toyota Alphard / Vellfire ini mengalahkan Wany Hasrita. Owner dia daripada Jep Sepahtu, Pengurus Jualan dan Pemasaran, Ketua Jabatan, Usahawan MLM, sehinggalah ke Editor hensem si Abang Japar pun pernah memilikinya. Orang yang ambil rasuah pun sibuk juga nak pakai Alphard Vellfire bagai. Mujur ada seorang tu naik Myvi Hitam aja.

Elgrand : Amboi kau BK. Bukan main lagi kalau dapat membawang, Terhibur sikit hati aku yang berduka lara ni. Hahaha!

BK : Dah. Dah. Kau jangan nak berduka sangat. Setidaknya kelibat kau ini tak adalah orang nampak di pintu pejabat SPRM atau pun depan Mahkamah.

Elgrand : Kahkahkahkah!

 

 

Google ads

B K

Back to top button