Artikel PilihanBuletin

SENTUHAN AZMISCOOTERS-VESPA RESTORASI PENUH UNTUK DIJUAL

Kenal azmiscooters? Anda boleh baca latarbelakang mereka di sini. Azmiscooters bukanlah asing di kalangan peminat vespa. Mereka merupakan pelopor industri skuter klasik yang mengkhusus kepada baikpulih model lama Vespa dan Lambretta.

BACA: AZMISCOOTERS, DARI HOBI JADI JENAMA TERKENAL

Ini adalah antara koleksi restorasi penuh Azmiscooters yang disenaraikan untuk dijual. Dua buah model Vespa ini kami dah lihat secara dekat dan ia secantik fotonya. Kepada anda yang berminat, boleh hubungi alamat di bawah

Azmi scooters

No. 33, jalan Keluli AL7/AL,

Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam

019 – 283 5453, 013 – 672 2271

1965 VESPA VBB

Vespa keluaran tahun 1965 ini telah menjalani proses pemulihan penuh. Dibaiki, direstorasi sebaik mungkin dan ia mungkin pilihan untuk anda yang malas nak repair. Ada duit, beli yang ni terus bawak isteri jalan-jalan masuk KL semua mata memandang!

BACA: RESTORASI SUZUKI GSX 750S

Ini adalah spesifikasinya;

– Restorasi penuh
– Badan telah di sandblast, semua kerja pembaikan penuh.
– Tangki bahanapi baru
– Enjin dibina semula sepenuhnya
– Nombor enjin dan kerangka/chasis sama
– Dokumen lengkap
– Nombor pendaftaran menarik BN 7**
– Tayar white wall
– pad brek dan hub baru
– Kabel dan pendawaian baru
– Lampu hadapan dan belakang baru
– kerusi Aquila star white baru
– tayar Michelin s83 baru
– fuel tap baru
– Sistem ekzos baru
– kromlever, choke, fuel lever, hon
– Suspensi hadapan dan belakang baru
– Cat candy blue baru.
– Harga : MYR17,000

VESPA PX150

– Restorasi penuh
– Badan telah di sandblast, semua kerja pembaikan penuh.
– Rim 12 inci Sprint wheel
– Kit brek moden Stage 6- 4 piston
– sistem ekzos tahan karat JL Exhaust
– SIP Floorboard
– SIP Sidestand
– Enjin ditala sepenuhnya
– Mazzuchelli crankshaft
– Selinder perlumbaan Pinasco 177
– karburetor 24/24
– Klac Azmiscooters
– lampu belakang BGM
– lampu hadapan BGM (jenis smoked)

– lampu membelok TRIOM
– Kerusi Original PX brown
– Penendang kickstarter Billet
– suspense bolehlaras BGM

 

Google ads
Back to top button