
PRATONTON LAMBRETTA J200 DI MALAYSIA – HARGA BAWAH RM18K?
Lambretta Malaysia antara jenama yang telah pun menghangatkan Art of Speed 2026 di MAEPS, Serdang, awal bulan ini.
Ketika AOS2026, Lambretta telah pun menggunakan peluang itu untuk mengadakan sesi pratonton bagi model baharu, Lambretta J200.

J200 merupakan antara model yang ikonik meskipun hadir sebagai model paling kecil dalam keluarga Lambretta. Ini kerana J200 menghidupkan semula J Seires yang diinspirasikan dari J50, J100 dan J125 Strastream pada era 60an.
Menggerakan J200 adalah enjin satu silinder 174.5cc SOHC 4-valve dan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 16.8hp pada 8,500rpm dan 15.5Nm pada 6,500rpm.

Walaupun mengekalkan imej retro yang diilhamkan model terdahulu namun J200 masih dilengkapi ciri moden antaranya meter TFT, pencahayaan LED penuh dan dual-channel ABS yang didatangkan secara standard.
Casis pula merangkumi kerangka jenis load-bearing, suspensi depan jenis double-arm link dan double spring bagi bahagian belakang. Rim pula bersazi 12-inci di hadapan dan belakang. Melengkapkan ciri ini adalah tangki bahan api berkapasiti 9L.

Berat keseluruhan J200 hanyalah 139kg dengan ketinggian tempat duduk diukur pada 780mm.
Menariknya, kami difahamkan bahawa Lambretta J200 ini akan ditawarkan pada harga bawah RM18k dengan empat pilihan warna, German White, Super Black, Cocoa Brown dan Light Gray.
GALERI: LAMBRETTA J200






















