Buletin

“SERIGALA JADIAN” NAIK MOTOSIKAL TAKUTKAN ORANG RAMAI KENA TAHAN

Seorang lelaki yang memakai topeng serigala jadian sambil menunggang motosikal dengan menakutkan orag ramai ditangkap pihak polis di bandar Peshawar, Pakistan.

Penduduk kejiranan Moti di bandar Peshawar itu ditahan berikutan mengeluarkan bunyi seakan-akan serigala untuk menakutkan orang ramai terutama kanak-kanak dan wanita ketika malam ambang Tahun Baharu.

Polis telah memfailkan dakwaan terhadap lelaki berkenaan dan siasatan mengenai motif dia bertindak sedemikian sedang dijalankan.

Dalam pada itu, beberapa ke­ping gambar lelaki berkenaan menjadi viral apabila dikongsi di media sosial melalui aplikasi WhatsApp penduduk Peshawar.

Salah satu gambar menunjukkan lelaki bertopeng serigala itu digari sambil diapit dua anggota polis manakala satu lagi suspek memakai topeng serigala duduk di atas motosikal di hadapan deretan kedai.

Bagaimanapun, koleksi gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada juga mempersoalkan tindakan polis kerana lelaki berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka ketika penularan Covid-19.

Seorang pengguna berkata tindakan lelaki itu disifatkan tepat bagi menghalang orang ramai daripada keluar rumah dan berkumpul beramai-ramai untuk menyambut tahun baru.

“Orang ramai berasa takut dengan lelaki itu. Mereka takut keluar rumah untuk sambut tahun baru ketika pandemik Covid-19.

“Ini membantu menjadikan semua orang selamat. Bukankah tindakan itu satu perkara yang cukup baik?” tulisnya. – The Sun

Google ads
Back to top button