Buletin

SHELL MALAYSIA DAN LOOB HOLDING JALIN KERJASAMA

Para pengguna yang ingin menikmati makanan dan minuman kini boleh menjamu selera di stesen-stesen Shell terpilih di seluruh negara.

Shell-Malaysia-Loob-Holding-mekanika (1)

Hasil kerjasama di antara Shell Malaysia dan Loob Holding menyaksikan Chatime, llaollao dan Gindaco beroperasi di kedai-kedai Shell Select.

Sebagai tuan rumah kepada ketiga-tiga jenama tersebut, Shell Select membolehkan anda menikmati keenakan takoyaki Gindaco, rasa yogurt sejuk beku llaollao dan menghilangkan dahaga dengan secawan Chatime.

Shell-Malaysia-Loob-Holding-mekanika (5)

Kerjasama ini selari dengan program Shell Malaysia “Welcome to Shell” selama tiga tahun yang bertujuan memberi layanan terbaik kepada para pengguna jalan raya. Bagi  mencapai matlamat tersebut, Shell Malaysia telah melancarkan konsep “food oasis” yang akan dikembangkan ke 30 kedai Shell Select pada tahun ini.

Ketua Jabatan Pemasaran Runcit Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Ben Mahmud memberitahu pihaknya dan Loob Holding telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkenalkan kedai-kedai Chatime di Shell Select. Sehingga kini, 11 kedai sudah pun beroperasi.

Shell-Malaysia-Loob-Holding-mekanika (6)

Setiap kedai Shell Select yang tampil dengan konsep food oasis akan menawarkan menu makanan yang berbeza, bergantung kepada keperluan pengguna setempat. Food oasis itu akan menawarkan F&B daripada jenama tempatan dan antarabangsa.

Ia pasti melengkapkan lagi tawaran menu deli2go yang diuruskan Shell. Shell Malaysia juga merancang untuk menaik taraf lebih 100 kedai Shell Select tahun ini. Ia bakal dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti tempat duduk, WiFi percuma, stesen untuk mengecas peranti elektronik, bilik air dan surau yang lebih selesa.

Shell-Malaysia-Loob-Holding-mekanika (3)

Pengarah Urusan Loob Holding, Bryan Loo mengakui bahawa beliau teruja dengan peluang untuk memperkenalkan jenama-jenama F&B premium kepada pengguna melalui Shell Select.

“Kami mensasarkan untuk membuka 100 buah kedai di Shell Select sebelum hujung tahun 2018 dengan 30 kedai sebelum hujung tahun ini. Selain di Taman Connaught, kedai-kedai kami telah mula beroperasi di 10 Shell Select di KL, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Johor,” kata Bryan.

Google ads
Back to top button