Buletin

TAWARAN BIG RAYA MITSUBISHI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini menawarkan rebat menarik sempena sambutan Hari Raya.

Mitsubishi-Triton-mekanika (2)

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah kenderaan Mitsubishi baharu mulai hari ini hingga 31 Julai akan menikmati rebat tunai mencecah RM8,000 dan program jaminan sehingga lima tahun.

  • Outlander baharu hadir bersama program sevis percuma selama setahun dan pakej jaminan lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Outlander ditawarkan pada harga RM168,600 seunit
  • Triton VGT Adventure ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM7,500 dan pakej jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Triton VGT Adventure berharga RM116,053 seunit.
  • SUV kompak Mitsubishi ASX ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM8,000 dan pakej jaminan selama lima tahun atau perbatuan tanpa had. Mitsubishi ASX berharga RM105,744 untuk varian 2WD-GL, RM115,468 (2WD) dan RM129,010 (4WD).

MMM-Big-Raya-campaign-mekanika (3)

Pelanggan yang memohon pinjaman dengan Maybank akan menerima kadar faedah istimewa serendah 1.8 peratus setahun dan bayaran bulanan RM561 (untuk model-model terpilih).

Pemilik kenderaan Mitsubishi sedia ada boleh memanfaatkan kempen Servis Raya Sama-Sama Ceria MMM sebelum pulang ke kampung. Pelanggan yang melakukan servis dengan invois RM400 dan ke atas di mana-mana pusat servis sah MMM akan dikecualikan daripada kos buruh.

MMM-Big-Raya-campaign-mekanika (1)

Mereka juga akan menerima satu set pemegang tisu dan kotak duit syiling Mitsubishi yang eksklusif (mulai 15 Jun hingga 31 Julai 2016, sehingga stok masih ada).

Sempena Ramadan, MMM turut mengunjungi bazaar Ramadan mulai 6 Jun hingga 31 Julai 2016. MMM akan mengagihkan kurma secara percuma dan orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Mitsubishi Motors.

Untuk senarai lokasi, sila layari laman web: http://mitsubishi-motors.com.my/roadshow

Google ads
Back to top button