Motosikal

KOLABORASI BELL & ACE CAFÉ LONDON

Dua jenama besar dalam dunia motosikal, Bell dan Ace Cafe London mendedahkan topi keledar edisi terhad hasil kolaborasi pertama mereka.

Bell-Ace-Cafe-London-helmets-mekanika (3)

Ace Cafe of London dilihat sebagai jenama terbaharu yang menjalin kerjasama dengan Bell selepas Carey Hart, Roland Sands Design, Corey Miller, Skratch, Airtrix dan Chem Candy.

Topi keledar Ace Cafe Custom 500 dan Bullitt Carbon itu bakal menjadi pemula kepada penghasilan model-model edisi khas lain yang menyerlahkan warisan arena motosikal. Dua model itu turut menyerlahkan keupayaan Bell dalam menghasilkan topi keledar oldskool dan moden.

Bell-Ace-Cafe-London-helmets-mekanika (1)

“Kami merancang untuk berkolaborasi dalam projek yang lebih besar dan berpengaruh untuk budaya motosikal pada masa depan,” kata Naib Presiden Bell Helmets, Chris Sackett.

Bell-Ace-Cafe-London-helmets-mekanika (4)

Topi keledar itu dijangka berada di pasaran Amerika Syarikat pada musim panas tidak lama lagi. Model edisi terhad seterusnya ialah Race Star sempana acara perlumbaan sle of Man TT.

Google ads
Back to top button