Buletin

SHELL RIMULA RAIKAN PELANGGAN SETIA

Shell Rimula meraikan satu lagi tahun cemerlang sebagai minyak enjin diesel tugas berat paling laris di Malaysia bersama lebih 450 pelanggan setia dari seluruh negara di satu majlis makan malam khas di Sibu, Sarawak. 

Shell-Rimula-raikan-pelanggan-setia-Mekanika (2)

Acara bertemakan ‘Night of Heavyweights’ itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dari semua sektor yang telah memainkan peranan untuk menjadikan Shell Rimula jenama minyak enjin diesel tugasan berat pilihan utama di negara ini.

Pada acara tersebut, Shell Rimula juga menyampaikan hadiah kepada enam pemenang hadiah utama peraduan Promosi Global Shell Rimula 2014. Mereka akan diterbangkan ke London dengan layanan VIP dan segala perbelanjaan ditanggung September depan.

Di London, enam pemenang bertuah iaitu Chan Meng Fei, 29 tahun (Alor Setar); Khoo Teik Seng, 39 tahun (Pulau Pinang); Liau Chia Chin, 40 tahun (Miri); Loh Yew Sing, 53 tahun (Sandakan); Tan Chin Purn, 27 tahun (Miri) dan Tang Chung Lay, 47 tahun, dari Sibu juga akan mewakili Malaysia di Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Mereka merupakan antara peserta akhir di peringkat global dari 12 negara yang akan menguji kemahiran memandu kenderaan berat masing-masing. Peserta perlu memandu pelbagai kenderaan berat untuk menempuh satu siri halangan di Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang akan menentukan juara keseluruhan.

Shell-Rimula-raikan-pelanggan-setia-Mekanika (1)

Peraduan promosi global Shell Rimula 2014 telah diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan terbuka kepada semua pelanggan yang membeli tong minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R4 X, R5 LE atau R6 LM.

Menurut Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok, Shell Lubricants – Asia Tenggara, jenama Shell Rimula sekali lagi mencatatkan kejayaan besar tahun ini dalam usahanya mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

“Di Shell, kami menghargai setiap peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan dan memahami keperluan perniagaan mereka. Kami percaya kami telah berjaya mendekati ramai pemandu trak yang bekerja keras menerusi pameran bergerak Makmal Teknologi Shell Rimula kami yang unik,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai produk terkini Shell Rimula, sila layari www.shell.com.my 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button