Buletin

SAKSIKAN PERLUMBAAN ATC DI ZHUHAI DENGAN SHELL

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal terulung di Malaysia, kembali dengan satu lagi edisi promosi yang menarik!

Shell-Advance-Asia-Talent-Cup-promo-mekanika (1)

Promosi Piala Bakat Asia Shell Advance 2015 (ATC) akan membawa lima pemenang hadiah utama dengan kos yang ditanggung sepenuhnya ke Zhuhai, China pada September untuk menyaksikan pusingan keempat perlumbaan motosikal ATC musim ini.

Sementara 300 pemenang hadiah sagu hati pula berpeluang mengunjungi litar Sepang pada Oktober sempena MotoGP Malaysia 2015.

Shell-Advance-Asia-Talent-Cup-promo-mekanika (5)

Peraduan menerusi SMS ini diadakan dari 1 Mei hingga 30 Julai 2015. Ia terbuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal Shell Advance 4T. Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu menghantar SMS kod lima angka unik yang boleh didapati pada kad gores bersama “Kod Kedai” dan jawab satu soalan mudah.

Pengurus Besar Shell Lubricants Leslie Ng memberitahu, peraduan pengguna 2015 bertujuan memberi ganjaran kepada penunggang motosikal Malaysia yang selama ini menyokong Shell Advance. 

Shell-Advance-Asia-Talent-Cup-promo-mekanika (6)

“Shell Advance ialah penaja pertandingan bertaraf dunia yang mencungkil bakat muda dan memberikan peluang sekali seumur hidup kepada mereka untuk berlatih dan berlumba pada tahap persaingan yang tinggi.  Pada tahun ini, kami mempunyai lima peserta muda berbakat dari Malaysia,” kata Leslie.

SAATC dipelopori oleh pencungkil bakat yang terkenal, Alberto Puig, bekas pelumba Sepanyol yang bertanggungjawab melahirkan pelumba berbakat seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa.

Shell-Advance-Asia-Talent-Cup-promo-mekanika (3)

Puig yang juga ketua MotoGP™ Academy bertanggungjawab memilih penunggang musim 2015 yang akan bersaing dalam enam pusingan di Thailand (22 Mac), Qatar (29 Mac), Malaysia (2 Ogos), China (20 September), Jepun (11 Oktober) dan Malaysia (25 Oktober).

Pelumba akan menunggang motosikal Honda NSF250R Moto3™ yang dipacu oleh minyak lumba Shell V-Power dan menggunakan minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra baru dengan Teknologi PurePlus. 

Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advancerace

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button