Buletin

HYUNDAI PILIH SHELL HELIX

Shell Helix meluaskan lagi portfolionya menerusi kerjasama dengan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

shell-hyundai-lubricant-mekanika (1)

HSDM memberitahu, bermula Disember 2015 jenama Shell Helix akan digunakan secara eksklusif di semua pusat servis sah Hyundai Semenanjung Malaysia. Sementara di Malaysia Timur akan bermula pada Januari 2016.

Dua produk dari Shell Helix telah dirumus khas untuk kenderaan Hyundai iaitu Shell-Hyundai Ultra AH sintetik penuh dan Shell-Hyundai Helix HX 7 AH dengan teknologi sintetik.

hyundai-shell-lubricant-mekanika (4)

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, keputusan yang dibuat oleh HSDM adalah satu pengiktirafan kukuh  kualiti premium minyak enjin Shell Helix.

“Kami gembira untuk membekalkan minyak enjin bermutu tinggi  yang menawarkan prestasi dan perlindungan enjin lebih bersih dan penjimatan minyak terbaik kepada para pemilik kenderaan Hyundai,”  katanya.

hyundai-shell-lubricant-mekanika (3)

Kerjasama antara Shell Lubricants dan Hyundai turut diperluaska ke luar pesisir Malaysia. Hyundai Motor Company (HMC) telah melantik Shell untuk menjadi pembekal minyak enjin bagi kenderaan Hyundai di seluruh dunia.

Minyak enjin berkenaan akan disyorkan di bengkel-bengkel Hyundai dan ditawarkan kepada pelanggan di lebih 70 negara.

hyundai-shell-lubricant-mekanika (2)

Shell dan Hyundai akan terus berganding bahu dalam bidang teknologi serta inovasi bagi membangunkan formula minyak enjin baharu untuk memenuhi keperluan kenderaan Hyundai yang semakin bertambah rangkaiannya.

Setakat ini, Shell Helix telah mendapat kelulusan daripada pengeluar automotif seperti BMW, Ferrari, Maserati, Mercedes, Volkswagen, Ford, Honda, GM dan Chrysler.

hyundai-shell-lubricant-mekanika (1)

Maklumat lanjut mengenai Shell Helix, sila layari www.shell.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button