Buletin

SHOEI X-FIFTEEN KINI DILANCARKAN UNTUK PASARAN TEMPATAN – HARGA BERMULA RM2,850

Pengedar rasmi Shoei di Malaysia, Sinar Puncak Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan produk topi keledar baharu untuk pasaran tempatan iaitu Shoei X-Fifteen.

Di majlis pelancaran tersebut, turut diadakan adalah penyerahan 100 pemilik pertama Shoei X-Fifteen termasuk berpeluang memilih grafik serta menetapkan saiz melalui sesi Sistem Penyesuaian Peribadi (PFS) X-Fifteen.

Didatangkan dengan kemudahan terowong angin yang terkini, ia menawarkan tahap aerodinamik berkecekapan tinggi iaitu sehingga kelajuan 350 km/j. perkara berkenaan menyumbang kepada kestabilan tunggangan, selain, pengurangan kadar seretan sehingga 6.1 peratus.

Perincian lain mengenai topi keledar baharu ini termasuklah menggunakan kerangka gentian kaca enam lapis AIM+ (Advanced Integrated Matrix Plus) menjadikannya lebih ringan dan berkesan untuk menyerap hentakan atau impak.

Selain itu, ia juga hadir dengan ciri keselamatan seperti Penyerap EPS Multi-Bahagian dan Multi-Ketumpatan.

Ventilasi dan aliran udara dalam X-Fifteen turut dioptimumkan dengan tujuh lubang udara boleh ditutup dan enam lubang udara keluar sementara terowong EPS pula digali dari 6mm kepada 10mm, bagi mempercepatkan pengeluaran udara panas.

Untuk memastikan keselesaan pengguna, X-Fifteen turut memperkenalkan padding berbentuk poket baharu termasuk mekanisme penyesuaian sudut paten.

Ia membolehkan kedudukan topeng diubah sebanyak 4 darjah sekaligus meningkatkan penglihatan penunggang.

Ciri lain terdapat pada Shoei X-Fifteen adalah seperti berikut:

  • Sistem penyejukan pipi inovatif
  • Sistem pengunci visor dua tahap
  • Visor CWR-F2R

Shoei X-Fifteen kini boleh didapati dalam pelbagai warna dan grafik, dan ia menawarkan saiz dari XS hingga XXL.

Beralih pada harga pula, ia diberi tanda harga bermula RM2,850 (Biasa), RM3,350 (Grafik), dan RM3,500 untuk Riders Replica.

GALERI:

Google ads
Back to top button