Buletin

HOBI ‘KOLEKSI KAMI MAHAL’ – HELMET SHOEI J-FORCE 2 TERJUAL PADA HARGA RM86K!

Satu hantaran di halaman Facebook milik FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop menjadi bualan apabila menyiarkan topi keledar Shoei J-Force 2 yang terjual pada harga RM86,000.

“Alhamdullillah rezeki malam nie..terjual shoei Jforce2 jack kuning ..thank you mackin @ekynrosny_… mai tengok belek-belek terus jadi,” jelas hantaran halaman Facebook FT Garage Racing-BIKE Helmet.

Melalui hantaran tersebut, pihak FT Garage Racing-Bike Helmet menyatakan bahawa ia bukan sekadar ‘content’ dan topi keledar itu telah dibayar secara tunai oleh pembeli.

Hantaran itu turut mendapat perhatian netizen dengan komen-komen sarkastik dan tidak kurangnya mempersoalkan harga topi keledar tersebut.

“Fuhhh 86k ingat 8600. Kalau Saya beli Alza baru tu puas hati. Ada aircond ada ABS tak kena hujan satu family boleh sebumbung, tapi saya selalu bersyukur pakai Myvi 07 walau dah nak reput,” komen seorang pengguna Facebook.

Komen pengguna lain, “Sambil ride boleh nonton netflix kat visor helmet.”  

FT Garage Racing-Bike Helmet menjelaskan bahawa pembeli merupakan pengasas produk, selain berniaga untuk beberapa buah kantin.

“Dia meniaga beberapa buah kantin dan founder produk. Kami buat transaction dekat kedai, resit keluar, masuk sales post system dan declared,” tulis FT Garage Bike Racing Helmet di ruangan komen.

Tiga tahun lalu, Harian Metro melaporkan topi keledar siri Shoei J-Force 2 Jack kuning terjual pada harga RM60,000 di Kuala Terengganu.

Google ads
Back to top button