Artikel Pilihan

SIFAT TAMAK MENYEBABKAN 2 BUAH BOEING 737 MAX TERHEMPAS

Tajuk artikel mungkin berbunyi agak kontroversi, tapi itulah apa yang penulis dapat simpukan selepas menonton rencana “Downfall: The Case Against Boeing”. Ia merupakan dokumentari yang ditayangkan di Netflix berkenaan punca kejadian yang menyebabkan 2 buah kapal terbang Boeing 737 Max milik Lion Air dan Ethiopian Flights terhempas sebaik sahaja mulai berlepas.

Ia adalah satu kejadian yang menakutkan memandangkan kedua-dua kemalangan berlaku dalam sela masa 5 bulan antara satu sama lain. Kedua-dua kapal terbang merupakan kapal terbang baru, dalam kes Lion Air ia mula dihantar pada 13 Ogos 2018. Bagi kes Ethiopian Flight, 737 Max milik mereka dihantar pada November 2018 dan hanya berusia 4 bulan ketika kemalangan berlaku

Kejadian kemalangan ini amat mengejutkan dunia penerbangan memandangkan Boeing 737 Next Generation iaitu model sebelum 737 Max memiliki rekod keselamatan yang sangat bagus iaitu sekitar 0.2 kemalangan bagi setiap 1 juta penerbangan. 0.2 bermaksud kemungkinan besar susah nak berlaku kemalangan.

Berdasarkan dokumentari yang ditayangkan oleh Netflix, ada beberapa sebab utama kenapa 2 buah pesawat 737 Max mengalami kemalangan dalam masa yang singkat selepas diserahkan kepada pelanggan:

CFM LEAP-1B

1. Budaya kerja baru – menjelang tahun 1996, Boeing dan McDonnell-Douglass telah bergabung dalam satu entiti baru. Budaya kerja Boeing sebelum ini yang amat mementingkan kualiti, aspek keselamatan dan intergriti terhakis dengan budaya korporat McDonnell-Douglass yang mementingkan keuntungan dan pergerakan saham Boeing yang diniagakan di Wall Street.

Sebelum tahun 1996 iaitu sebelum Boeing dan McDonnell-Douglass bergabung, pekerja, juruteknik pemasangan, jurutera dan pengurus berhak menghentikan proses pemasangan kapal terbang jika mereka mendapati ada masalah berkaitan kualiti yang memberi risiko pada aspek keselamatan. Selepas penggabungan berlaku, budaya ini dihentikan sama sekali dan jika ada mana-mana jurutera membawa isu kualiti dan keselamatan, dia akan didiamkan serta berisiko untuk dibuang

2. Pengurusan lebih cakna berkenaan saham dan bonus – walaupun dalam mesyuarat teknikal yang melibatkan jurutera, pengurusan menekankan mereka wajib tahu berkenaan dengan pergerakan saham di Wall Street. Malah minit mesyurat berkenaan risiko keselamatan sistem MCAS pada tahun 2013 juga tidak diendahkan dan hanya diketahui oleh CEO semasa pendengaran kes Boeing di Kongres.

3. Ambil jalan pintas – 737 Max sebenarnya dibina atas platform 737 yang lama yang telah dilancarkan semenjak tahun 1968 lagi. Keadaan ini diputuskan selepas Boeing menerima persaingan yang hebat daripada Airbus yang melancarkan model Airbus A320 Neo yang lebih menjimatkan bahan api berbanding pesawat Boeing. A320 Neo menggunakan enjin CFM56-5-A1

Sekiranya mereka membangunkan platform baru, kemungkinan besar prosesnya adalah lama, lambat dan FAA (Federal Aviation Administration) akan mewajibkan juruterbang menjalani latihan semua. Dalam industri penerbangan, kos bahan api dan kos latihan juruterbang adalah kos terbesar yang cuba dikurangkan oleh Boeing.

Bagi mengurangkan bahan api, Boeing akan memasang enjin baru CFM LEAP-1B yang lebih bagus berbanding Airbus kepada platform 737 yang akan dinamakan 737 Max. Namun enjin ini lebih berat berbanding enjin lama, menyebabkan jurutera terpaksa mengalihkan kedudukan enjin, mengubah pusat graviti pesawat dan menjadikan pesawat tidak stabil dan mudah “stall”

4. Masalah teknikal pesawat – masalah “stall” atau kehilangan daya angkatan pada sayap berlaku apabila pesawat cuba mendaki pada sudut terlalu tinggi dan terlalu agresif. Pendek kata pesawat ini tidak stabil menyebabkan jurutera memasang sistem MCAS (Maneuvering Characteristics Augmentation System) dengan 2 kali perubahan dibuat sepanjang proses R&D.

MCAS akan memastikan muncung pesawat sentiasa berada dalam keadaan horizontal dengan mengubah horizontal stabiliser pada hujung syap secara automatik. Sistem ini menerima suapan isyarat daripada sensor yang dipasang berdekatan dengan kokpit di bahagian luar. Namun dalam siasatan penyiasat mendapati hanya ada 1 sahaja sensor dipasang (sepatutnya 2).

Sekiranya sensor ini rosak, tercabut atau dilanggar burung, ia akan memberi isyarat salah kepada MCAS dan juruterbang menyebabkannya kapal terbang tidak boleh dikawal dan terhempas. Dari segi teknikal, pesawat ini tidak stabil dan bergantung pada 1 sensor sahaja untuk membetulkan keadaan

5. Tiada latihan pada juruterbang – bagi menarik perhatian pembeli, Boeing mengiklankan 737 Max sama seperti 737 Next Generation yang lama dan juruterbang tidak perlu dilatih semula. Keadaan ini akan menjimatkan masa dan wang pembeli kerana latihan tidak perlu diberikan.

Fungsi MCAS tidak pernah diberitahu kepada juruterbang dan sekiranya sistem MCAS bermasalah, juruterbang tidak tahu apa yang hendak dibuat. Lebih menyedihkan lagi pihak Lion Air pernah meminta Boeing mengadakan latihan semula kepada juruterbang mereka beberapa bulan sebelum terhempas, namun ditolak oleh Beoing dengan alasan “tidak perlu”

Akibat kegagalan Boeing, 346 nyawa penumpang, juruterbang dan anak kapal telah terkorban dan pesawat 737 Max tidak dibenarkan untuk terbang dari bulan Mac 2019 sehingga Disember 2020. Boeing disaman oleh Jabatan Kehakiman sebanyak 2.5 billion USD dan perlu menyediakan dana sebanyak 500 juta USD untuk bayaran pampasan mangsa kemalangan.

Daripada 4812 pesawat yang ditempah, 4000 pesanan telah dibatalkan menyebabkan Boeing mengalami kerugian. CEO Boeing ketika itu Dennis Muilenburg meletak jawatan bersama-sama “golden handshake”, menerima 62.2 juta USD termasuk stok saham dan pencen. Best kan.

Atau jika anda tak cukup masa selama 90 minit untuk menonton dokumentari berkenaan, ini penerangan yang lebih ringkas

Google ads
Back to top button