Motosikal

TRIUMPH MALAYSIA DEDAH TIGER 1200 GT PRO, GT EXPLORER. HARGA BERMULA RM115,900  

TRIUMPH Motorcycle Malaysia (Triumph Malaysia) melancarkan jentera lasak Tiger 1200 yang menawarkan dua varian di pasaran tempatan.

Dua varian tersebut merupakan GT Pro dan GT Explorer pada harga permulaan: –

  • Tiger 1200 GT Pro – RM115,900
  • Tiger 1200 GT Explorer – RM131,900

Model GT Pro mendapat sentuhan tiga warna pilihan iaitu putih (Snowdonia White), hitam (Sapphire Black) dan biru (Lucerne Blue).

Bagi varian GT Explorer pula, ia didatangkan dengan dua warna iaitu putih (Snowdonia White) dan hitam (Sapphire Black).

Tiger 1200 memiliki berat 255 kg dibangunkan untuk memberi pengalaman optimum pelbagai permukaan dalam mengendali jentera pengembaraan berkapasiti besar.

Kedua-dua varian dilengkapi lampu LED penuh, lampu siang DRL, lampu signal ACL, lampu bantuan LED dan grip pemanas.

Ia turut hadir dengan tempat duduk boleh laras dengan dua tahap 850-870mm.

Dalam pada itu, GT Pro mendapat tangki minyak berkapasiti 20 liter manakala GT Explorer dengan 30 liter.

Tiger 1200 didatangkan enjin empat lejang 12 injap tiga silinder 1,160 cc DOHC dengan penyejukan cecair dipadankan teknologi suntikan bahan api.

Ia dilengkapi transmisi manual enam kelajuan mampu menjana kuasa mencecah 148 hp @9,000 rpm dan tork 130 Nm@7,000 rpm.

Selain itu, bagi memberi keselesaan tunggangan, Tiger 1200 hadir dengan panel meter TFT 7 inci dipadankan sambungan My Triumph.

Ciri-ciri menarik lain termasuk kawalan jelajah, sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), Bantuan Pegun Bukit (HHA) dan lima mod tunggang.

Bagi varian GT Explorer, ia dilengkapi Radar Titik Buta (BSR) dan Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).

Untuk keterangan lanjut mengenai Tiger 1200 boleh melayari www.triumphmotorcycles.my.

Google ads
Back to top button