Buletin

SUSPEK ROMPAKAN LARIKAN KERETA POLIS – AKSI KEJAR-MENGEJAR 30KM

Seorang suspek rompakan mencuri kenderaan polis untuk melarikan diri daripada ditahan hingga menyebabkan aksi kejar-mengejar berlaku sebelum berjaya ditangkap di Pelabuhan Klang.

Pada mulanya, suspek yang memandu Proton Inspira cuba melarikan diri, menaiki Myvi di antara kawasan Banting dan Klang.

Meninggalkan Proton Inspira, suspek melarikan diri dengan berjalan kaki ke kampung berhampiran sebelum meluru masuk ke dalam Myvi milik anggota polis.

Aksi kejar-mengejar itu menyebabkan pihak polis memandu sejauh 30km hingga memaksa suspek memandu secara melulu di sepanjang jalan berhampiran Masjid Kampung Pendamar.

Dalam keadaan tergesa-gesa, kereta yang dipandu suspek bagaimanapun telah terbalik di tepi jalan dan diberkas polis sekitar Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

Menurut ketua polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, suspek, 31, memiliki dadah dan mempunyai rekod jenayah. Tambah Cha, pihak polis juga melepaskan beberapa das tembakan.

Cha berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira jam 7 malam mengenai tembakan membabitkan dua kenderaan itu. Kejadian itu dirakam oleh saksi dan dikongsi di media sosial. – Free Malaysia Today

Google ads
Back to top button