Artikel Pilihan

SISTEM PACUAN SEMUA RODA MAZDA i-ACTIV AWD, DIGABUNGKAN DENGAN GVC

Bagi kebanyakan negara yang mengalami 4 musim, memandu dengan kenderaan pacuan 2 roda sahaja sebenarnya agak mencabar apabila salji mulai turun. Walaupun kita nampak seronok bila boleh bermain salji, tapi ia mendatangkan risiko yang besar kepada pengguna jalan raya apabila permukaan jalan mulai licin

Adalah menjadi kebiasaan kepada banyak pengeluar kenderaan untuk menawarkan versi pacuan semua roda bagi memudahkan pengguna memandu di musim sejuk termasuklah Mazda dengan penawaran teknologi pacuan semua roda i-Activ AWD. Malah matlamat pembangunan sistem AWD ini adalah bagi memberikan keyakinan dan rasa selamat kepada pemandu

Antara kelemahan sistem pacuan semua roda ia cenderung untuk menggunakan lebih banyak bahan api berbanding dengan pacuan 2 roda yang biasa. Jadi pada kebanyakan masa sistem intelligent Activ AWD ini akan menghantar semua kuasa pada tayar depan jika keadaan jalan adalah baik dan tidak licin.

Sistem ini akan dipasang dengan 27 sensor pada keseluruhan kenderaan termasuklah mengesan suhu, tekanan pada pedal minyak, input stering dan juga halaju kenderaan. Sensor ini akan menganalisa 200 data per saat dan menjangkakan bila gelinciran antara permukaan jalan dan tayar akan berlaku sertasistem pacuan semua roda akan diaktifkan secara automatik

Sistem akan menghantar isyarat kepada klac magenetik yang akan menghidupkan sistem pacuan semua roda dan menghantar berapa banyak kuasa enjin pada tayar depan atau belakang bagi mengelakkan gelinciran berlaku. Mazda juga mengintegrasikan sistem i-AWD dengan sistem G-Vectoring Control milik Mazda

Seperti yang anda sedia maklum, sistem G Vectoring Control sistem cesi yang mengawal berapa banyak beban yang ditanggung oleh tayar ketika selekoh diambil, sekaligus memberikan lebih keselesaan dan lebih kawalan kepada pemandu dengan mengawal berapa banyak tork yang sampai kepada tayar daripada enjin.

Gabungan sistem GVC dan i-AWD ini akan menjadikan proses memasuki selekoh dan mengambil selekoh lebih neutral. Pada permulaan selekoh, sistem GVC akan mengurangkan tork yang sampai pada roda depan, menjadikan kereta seolah-olah membrek dan menyebabkan weight transfer berlaku pada roda depan, mengelakkan berlaku fenomena undertseer

Pada pertengahan selekoh, sistem GVC akan mengarahkan lebih banyak tork dihantar ke roda belakang berbanding roda depan, juga untuk mengurangkan stress pada tayar depan dan mengurangkan understeer. Apabila keluar dari selekoh, semua kuasa akan dihantar ke tayar depan bagi pecutan maksima dan kestabilan kenderaan.

Google ads
Back to top button