Buletin

MERCEDES-BENZ BAKAL LANCAR SISTEM OPERASI BAHARU MB.OS PADA 2024

Mercedes-Benz akan memperkenalkan sistem operasi baharu untuk model tahun 2024 yang dinamakan sebagai Sistem Operasi Mercedes-Benz atau MB.OS. Ia akan dibangunkan oleh Unity Technologies dan menggantikan platform infotainmen MBUX sedia ada yang digunakan oleh semua model Mercedes.

Unity Technologies ialah pakar dalam platform 3D dan menguasai 70 peratus daripada semua permainan mudah alih yang ada di pasaran. Ia juga merupakan peneraju dalam teknologi realiti tambahan dan maya.

Pasukan pereka Mercedes-Benz akan menggunakan Unity Industrial Collection, pakej perisian visualisasi produk 3D yang kompleks untuk mencipta antara muka pengguna dan reka bentuk pengalaman pengguna melalui kokpit digital, termasuk kluster instrumen, infotainmen dan paparan penumpang.

Sistem pengendalian Unity akan memfokuskan kepada empat bidang utama iaitu rangkaian kuasa, pemanduan autonomi, infotainmen, sistem badan kenderaan dan keselesaan pada model Mercedes-Benz masa depan.

Sistem operasi MB.OS akan dilengkapi sistem penstriman audio dan video, selain aplikasi permainan yang mengasyikkan. Ia juga akan menawarkan pengalaman realiti yang dipertingkatkan dan menggunakan kecerdasan buatan untuk melaraskan tetapan kenderaan bergantung pada tabiat dan pilihan pemilik.

Sistem tersebut dipratonton dalam Mercedes-Benz Vision EQXX Concept termasuk grafik 3D masa nyata yang kompleks.

Unity Technologies memberitahu pihaknya dipilih berikutan proses penilaian menyeluruh terhadap penyelesaian 3D dan Antara Muka Mesin Manusia (HMI) masa nyata yang lain.

“Kami akan melihat visualisasi baharu sepenuhnya yang dikuasakan oleh Unity 3D-Game Engine. Ia mewujudkan gambaran yang sangat realistik tentang dunia sebenar. Inilah yang kita panggil ‘digital luxury’,” kata ,” kata Ketua Pegawai Perisian Mercedes-benz, Magnus Östberg.

Google ads
Back to top button