Buletin

GEELY LANCAR ICON CHOCOLATE. KEMASAN DALAMAN MERAH JAMBU, KHAS UNTUK AWEK-AWEK SAHAJA

Geely Icon Chocolate dijangka dilancarkan secara rasmi pada 14 Ogos depan dan ia disasarkan khas kepada pengguna wanita.

Icon yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2020 itu dibina di atas platform BMA Geely yang turut digunakan pada model Geely Binyue, Proton X50, Geely Binrui dan Lynk & Co 06.

Bahagian hadapan dihiasi dengan gril rekaan baharu dengan kemasan berwarna kelabu matte, selain lampu utama DRL atau lampu isyarat membelok dan lampu utama yang diposisikan secara menegak.

Di bahagian belakang pula, SUV berkenaan didatangkan dengan sepasang lampu LED, bumbung, bampar dan spoiler berwarna hitam. Karekter sebuat crossover diserlahkan juga dengan arca roda plastik berwarna hitam.

Roda kelabu berkilat dengan rekaan menarik adalah ekslusif untuk Edisi Coklat, manakala sunroof panoramik menjadi ciri standard pada Icon Chocolate.

Ruang kabin jelas sangat feminin dengan penggunaan kemasan gabungan warna merah jambu dan hitam pada papan pemuka, stereng, panel pintu, tempat duduk dan perehat tangan. Papan pemuka dipasang dengan dua skrin digital yang terdiri daripada panel instrumen bersaiz 10.25 inci dan skrin sentuh untuk sistem infohibur berukuran 12.3 inci.

Dari segi keselamatan, Icon Chocolate dilengkapi sistem bantuan pemandu tahap 2 yang menyokong bantuan pelepasan lorong dan bantuan untuk lorong kecemasan.

Icon Chocolate didatangkan dalam dua pilihan rangkaian iaitu enjin 1.5 turbo 177hp dan 1.5 turbo bersama sistem hibrid berkuasa 181hp. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan atau DCT 7-kelajuan.

Pra-jualan telah pun bermula dan jentera itu dutawarkan pada harga bermula RM74,400 hingga RM87,300 seunit.

Google ads
Back to top button