" "
Buletin

SKANDAL DIESEL TOYOTA DI AUSTRALIA, KENA BAYAR PAMPASAN RM6.3 BILION!

Disebabkan pemasangan penapis zarah diesel yang tidak betul, Toyota terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang di Australia mengakibatkan pengeluar itu perlu membayar pampasan sehingga AU$2 bilion (RM6.31 bilion) kepada pemilik terjejas.

Kes ini melibatkan lebih daripada 264,000 buah Hilux, Fortuner dan Prado yang dijual dinegara tersebut antara Oktober 2015 hingga April 2020.

Komponen penapis tersebut direka untuk membakar bahan pencemar berbahaya sebelum dibenarkan keluar daripada saluran ekzos, namun unit yang dipasang oleh Toyota itu dikatakan melepaskan asap putih berbau busuk keluar ke atmosfera.

Pemasangan komponen penapis yang salah itu juga dikatakan mengurangkan penjimatan bahan api, selain meningkatkan tahap kelusuhan pada bahagian enjin itu sendiri.

Menurut mahkamah, isu ini memberikan kesan kepada susut nilai kenderaan sehingga 17.5 peratus, atau AU$7,000 untuk setiap kenderaan.

Sekiranya setiap seorang pemilik yang terjejas menuntut pampasan dan ganti rugi, Toyota terpaksa mengeluarkan belanja dengan nilai melebihi AU$2 bilion (RM6.31 bilion).

Menurut pemohon utama kes tersebut, Ken Williams memberitahu Australian Broadcast Corporation, “ratusan ribu pengguna Australia yang membeli kenderaan-kenderaan ini berhak untuk diberikan ganti rugi terhadap kerosakan dan kehilangan yang dialami.

“Saya berharap keputusan penghakiman hari ini memberikan satu bentuk keselesaan buat para pemilik seperti saya yang terpaksa berdepan dengan kekecewaan, kesukaran, serta peningkatan kos pemilikan kenderaan.

Dalam pada itu, Toyota dalam satu kenyataan percaya mereka telah menjalankan langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit. – ABC

Google ads
Back to top button