Buletin

SKODA 110 R CONCEPT – MUNGKIN DAH SAMPAI MASANYA SKODA HASILKAN TERUS MODEL COUPE INI

Sejak akhir – akhir ini semakin kerap pula Skoda menayangkan paparan model konsep terutamanya membabitkan lakaran digital. Terkini, Skoda telah menayangkan sebuah model coupe sport yang kelihatan cukup menarik, Skoda 110 R Concept.

Lakaran Skoda 110 R Concept ini telah dihasilkan oleh Richard Švec, seorang pereka dan ahli yang berada dalam rekaan model digital Skoda Design yang berinspirasikan kegilaan terhadap kereta yang elegan tetapi dengan rekaan yang lebih mudah.

Model konsep Skoda 110 R ini engekalkan keanggunannya, yang ditakrifkan oleh permukaan yang bersih dan tidak bersepah dengan gangguan minimum—satu pendekatan yang benar bagi coupé asal dan juga falsafah bahasa reka bentuk Modern Solid Škoda masa kini.

Direka untuk golongan muda yang menggemari semangat sukan permotoran tetapi dalam masa yang mahu mahukan sebuah coupe elegan yang cukup sesuai untuk kegunaan harian dengan rekaannya cenderung kepada ketepatan geometri.

Malah model konsep ini juga menonjolkan warisan sukan bermotor kereta ini, apabila Richard Švec turut menghasilkan rekaan fender yang melebar dan lengkap dengan butiran seperti sangkar keselamatan dalaman, roda kunci tengah, dan tulang rusuk di bahagian depan hud, sebagai suatu penghormatan kepada legasi Škoda 130 RS yang terkenal dan lagenda.

Di bahagian hadapan, semua sensor yang diperlukan dan lampu siang LED menegak disatukan ke dalam panel hitam yang berbeza, bersama dengan logo Škoda yang menyala. Di bahagian belakang, logo menyala berdiri sendiri menjadi tumpuan utama panel bahagian belakangnya. Logo moden juga muncul pada penutup roda aerodinamik dan bahkan pada tingkap belakang.

Terdapat kemasan berwarna hitam untuk memberikan sedikit kontras dengan beberapa perincian terhadap spoiler hadapan, skirt sisi, dan juga diffuser belakang yang digelapkan. Manakala saluran aliran udara di bahagian bawah tingkap belakang mungkin mengingatkan akan model asalnya yang boleh berfungsi untuk tujuan penyejukkan bateri kelak.

Oh ya, model konsep yang dihasilkan ini sebetulnya berinspiraskan juga daripada model Skoda 110 Sedan yang pernah dihasilkan diantara tahun 1970 hingga 1980 hasil daripada model sedan tersebut terhasillah model Skoda 130 RS yang cukup terkenal itu.

BACA : ULANG TAHUN KE 50 MODEL SKODA 130 RS. INI BARULAH BETUL MODEL YANG LEJEN

BACA : SKODA EPIQ – BAYANGAN KONSEP MODEL SUV ELEKTRIK MASA HADAPAN

Google ads

B K

Back to top button