Motosikal

ZXMOTO 820RR LANCAR DI MALAYSIA SEPTEMBER INI – HARGA BAWAH RM40K

Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad mengumumkan bahawa pelancaran motosikal jenama ZXMoto akan diadakan pada 13 September ini. 

Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis perasmian MForce Smart Shop pertama di Perak bertempat di Kamunting, Taiping. 

Lebih menarik, kami diberitahu bahawa model flagship, ZXMoto 820RR akan dijual pada harga bawah RM40 ribu sementara model 500RR dan 500F pula akan dijual pada harga bawah RM30 ribu. 

Ini bermakna 820RR bakal menjadi motosikal supersport dengan harga paling mampu milik di Malaysia. 

Untuk rekod, 820RR ditawarkan dengan tiga varian di pasaran global namun belum disahkan varian mana yang akan dipasarkan disini. Namun begitu, kami berasakan model yang dilancarkan itu melibatkan varian standard yang menawarkan 135hp dan suspensi KYB boleh laras secara manual. 

Google ads
Back to top button