
ŠKODA SUPERB – MENYELUSURI SEJARAH SEPANJANG 90 TAHUN
Model jenama Škoda Superb ini barangkali kita hanya mengenali model yang bersepupu sepapat-kan dengan model Volkswagen Passat sahaja. Tanpa kita sedar, sebetulnya model Škoda Superb ini telah pun berada dalam pasaran semenjak dari tahun 1924 lagi. Dalam erti kata lain, model lagenda ini sebenarnya telah pun berusia 90 tahun lamanya dalam pasaran.
Dan bersempena dengan itu, Škoda khabarnya sedang mempersiapkan generasi terbaharu model Superb ini. Generasi keempat Superb ini bagi menggantikan generasi ketiga Superb yang telah pun berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2015 lagi yang dibina berdasarkan pelantar MQB milik Kumpulan VW yang turut dijelmakan menjadi beberapa model seperti Passat, Arteon dan juga Kodiaq.

Sejarah Škoda Superb, 1934-1949
Sejarah pembuatan model Skoda Superb ini bermula pada tahun 1934. Ketika itu, Skoda telah pun membina beberapa rangkaian model kereta seperti, Popular, Rapid dan juga Favorit. Dan kehadiran Skoda Superb ini bagi mengisi segmen kereta premium. Kiranya model Superb ini sememangnya telah diangkat sebagai model segmen penuh premum sedari dulu lagi.
Generasi pertama dan kedua Skoda Superb ini menggunakan kod Type 640 hadir dalam pasaran dengan menjadikan enjin enam silinder yang bersesaran 2,492 cc yang dipadankan dengan kotak gear manual empat kelajuan. Model ini menawarkan opsyen sama ada empat atau enam tempat duduk kepada pengguna.
Generasi ketiga pula muncul (Type 902) pada tahun 1936 dengan menggunakan enjin yang lebih sedikit lebih besar, 2,703 cc. Selain daripada opsyen empat atau enam tempat duduk, varian cabriolet turut diperkenalkan.
Dan kemuncak model Superb edisi klasik ini adalah pengenalan Superb 4000 (generasi kelima Type 919) dengan penggunaan enjin yang lebih besar dan berkuasa, V8 3,990 cc. Ini merupakan produksi pertama daripada Skoda yang menggunakan enjin V8. Dan khabarnya hanya sejumlah 12 unit sahaja Superb 4000 ini dibina.

Kembalinya Superb Ke Pasaran (2001)
Setelah 50 tahun menyepi, plat nama Superb kembali digunakan Skoda bermula tahun 2001 dengan menggunakan pelantar VW B5. Generasi pertama B5 (3U) ini. Sebetulnya tahun 2001 merupakan tahun yang penting buat Skoda kerana menyambut ulang tahun bersempena 10 tahun di bawah naungan Kumpulan Volkswagen.

Dan semenjak dari 2001, sejumlah 1,550,000 unit Skoda Superb telah terjual di dalam pasaran. Rekaan generasi ketiga juga kelihatan cukup menarik untuk dijadikan sebagai kereta bos bos. Menjadikan ianya kereta segmen D yang cukup diminati selain daripada model jenama premium yang lain. Dan generasi terbaharu bakal menantikan masa dan ketika untuk diperkenalkan kepada pasaran bagi meneruskan legasi Superb yang superb ini!
BACA : 2,000 UNIT SKODA SUPERB COMBI JADI ASET POLIS NEW ZEALAND



