
CFMOTO PAPI0 125 XO BAKAL TIBA DI PASARAN TEMPATAN PADA JUN. GAYAAN NEO-RETRO, 9.4HP, HARGA RM8.8K
CFMOTO Malaysia baru-baru ini mengumumkan, motosikal mini CFMoto Papio 125 XO atau dikenali sebagai CFMOTO XO Baboon Racer di China, bakal berada di pasaran tempat pada Jun ini.
Tampil elegan serta bernuansa retro, Papio 125 XO didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Nebula White (putih), Fiery Red (merah) dan Moss Green (hijau).
Untuk dimensi, jentera ini berukuran 1,750mm (panjang), 700mm (lebar), 975mm (tinggi), jarak roda 1,214mm sementara tinggi pelana pula ditetapkan 760mm.

Model neo-retro ini bukan sahaja bagus untuk pemula tetapi ia juga merupakan motosikal mini yang sangat sesuai digunakan di sekitar kawasan bandar.
Penampilannya diserlahkan lagi dengan rim 12-inci bersama tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, selaim padanan fork USD di hadapan serta monoshock di bahagian belakang.
Aspek keselamatan merangkumi sistem brek cakera tunggal 210mm dengan kaliper dwi-piston (depan) dan cakera tunggal 190mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
Selain itu, Papio 125 XO turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
Perincian lain termasuklah menggunakan semua lampu jenis LED, panel meter digital dan analog, tangki bahan api tujuh liter manakala berat keseluruhannya ialah 114 kg.
Beralih kepada kuasa, Papio 125 XO dijana oleh enjin 4-lejang satu silinder 126cc, suntikan bahan api, menghasilkan 9.4hp pada 8,500rpm dan tork 8.3Nm pada 6,500rpm. Ia dipadankan dengan transmisi klac manual enam-kelajuan.
Untuk harga, CFMoto Papio 125 XO boleh dimiliki pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans. – Pandulaju
GALERI:




- BACA: CFMOTO 700CL-X ADVENTURE (ADV) TIBA DI MALAYSIA APRIL 2023. 69HP, BERMULA RM35K
- BACA: CFMOTO 450SR LANCAR DI TURKIYE. MASUK MALAYSIA MINGGU INI, 59.6HP, BREK BREMBO, BERMULA RM29K SAHAJA!
- BACA: ANAK SYARIKAT GEELY, PFMOTO HASILKAN MOTOSIKAL MACAM GOLD WING
- BACA: CF MOTO NAK MASUK MOTO3 MUSIM DEPAN









