Motosikal

SKUTER ADVENTURE KYMCO DT360. MODENAS, TOLONG REBADGE MODEL NI BOLEH?

KYMCO secara rasmi turut serta ke dalam segmen skuter adventure apabila memperkenalkan model terbaharunya, DT360. 

Ia bukan sekadar model jentera crossover pertama KYMCO, malah ia menjadi jawapan kepada Honda X-ADV yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. 

Cuma, skuter itu tidak dipasang dengan enjin parellel-twin yang ada pada AK550 seperti dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya, ia menggunakan khidmat enjin empat lejang selinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 320cc yang mampu menjana 29hp dan tork  30Nm. 

Sistem penghidup enjin tanpa  kunci, lampi LED, paparan meter warna penuh, dua slot USB dan kawalan cengkaman hadir sebagai ciri standard. 

Motosikal itu menawarkan tangki minyak 12.5 liter. Manakala ruang penyimpanan barang di bawah pelana boleh memuatkan dua unit topi keledar muka penuh tanpa sebarang masalah. 

Penampilan adventure DT360 diserlahkan menerusi rim aluminium aloi bersaiz 14 inci di hadapan dan 13 inci di belakang yang dibalut oleh tayar berbunga tebal. 

Keselesaan tunggangan ditingkatkan menerusi sistem suspensi jenis teleskopik pada roda hadapan dan twin shck di belakang. 

Dengan ketinggian pelana 800mm, DT360 menawarkan posisi tunggangan menegak dan bar henal yang lebar. Mempunyai berat sekitar 194kg, ia lebih ringan dan kurang spesifikasi berbanding X-ADX. 

Namun, perlu diakui bahawa rekaannya tidaklah secantik X-ADV. DT360 masih kelihatan seperti sebuah skuter maxi biasa, hanya dipasang dengan tayar berbunga tebal.  

Harga dan bilakah ia mula dijual bagaimanapun masih belum diumumkan. 

Saya rasa, ramai yang berharap Modenas akan melakukan rebadge ke atas model ini. Terbaik juga ni..

GALERI

Google ads
Back to top button