Motosikal

KYMCO BAKAL PERKENAL SKUTER ADVENTURE, PESAING HONDA X-ADV 26 NOV 2020

Masa Honda mula-mula buat skuter adventure X-ADV dulu, ramai yang skeptikal.  Tidak kurang juga yang sangsi bagaimana sebuah skuter boleh digunakan untuk melalui jalan-jalan off-road yang sukar. 

Namun, semua keraguan itu hilang apabila X-ADV mendapat sambutan hangat daripada pasaran. Jentera dengan DNA sama, tetapi dipasang enjin lebih kecil iaitu ADV150 juga semakin digilai ramai. Macam biasa, bila dah popular, ramai lah yang hendak meniru konsep motosikal yang sama. 

Sebelum ini, kami ada mendedahkan skuter adventure dari China Lifan LF150-T. Tidak lama lagi, sebuah lagi skuter adventure bakal diperkenalkan ke pasaran. 

Kali ini, ia datang dari pengeluar skuter terkenal dari Taiwan, Kymco. Perkara itu diumum menerusi satu klip video di laman YouTube.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan sebuah jentera adventure beraksi di laluan off-road. Kymco juga memberitahu bahawa motosikal tersebut bakal dilancarkan pada 26 November depan. 

Pengenalan model itu dilihat sebagai kesinambungan daripada model konsep CV2 (gambar bawah) yang pernah didedahkan oleh Kymco pada tahun 2017. CV2 ialah sebuah skuter maxi yang dilengkapi enjin parallel-twin berkapasiti 550cc dan mampu menjana kuasa sehingga 55hp. 

Model baharu itu didakwa menawarkan rekaan serba baharu, lengkap bersama pelbagai komponen sebuah skuter adventure sebenar seperti fork hadapan lebih panjang, pelindung tangan, crash bar dan tayar dengan bunga tebal. 

Tak sabar nak tunggu wei… 

Google ads
Back to top button