Motosikal

KYMCO AK550 DILANCARKAN: MODENAS, KAMI MAHU YANG INI, BOLEH?

Sebelum ini kami pernah siarkan model yang dikenali dengan kod nama K50 ini diuji di jalanraya Taiwan. KYMCO melancarkan flagship skuter yang sama di Pameran Intermot Jerman semalam. Ia kini dikenali dengan nama AK550 dan diperkenalkan sempena ulang tahun ke 50 syarikat ini.

Kymco sedar bahawa mereka ada saingan yang perlu ditewaskan, Yamaha T-MAX. Skuter-Maxi tertua Yamaha itu juga merupakan benchmark yang telah ditetapkan oleh pasukan jurutera KYMCO.

Kymco AK550 (6)

T-Max laris dan popular bukan kerana ia berkuasa (Aprilia SR-V dan Honda Integra lagi power), tetapi ia sebuah skuter serba-boleh. Boleh berkonvoi, pakai di bandar, lebuh raya, ke surau atau pun sekadar ke kedai membeli kicap.

Selepas 50 tahun menghasilkan skuter, industri menganggap AK550 ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan KYMCO. Ia skuter pertama dalam keluarganya yang menggunakan kerangka aluminium. Enjin 2 selinder yang dipasang di tengah jentera ini adalah kehebatan kejuruteraan untuk mendapatkan nisbah pembahagian berat yang benar-benar tepat; 50/50.

Kymco AK550 (5)

Enjin 550cc ini menghasilkan 39.3 kW atau 53.5ps pada 7500 rpm. Apa yang lebih mengagumkan, suspensi hadapannya menggunakan fork jenis terbalik (usd fork) dan dan suspensi belakangnya bersambung dari kerangka ke lengan ayun berasingan. Sistem brek hadapan menampilakn sepasang cakera hadapan diapit oleh pengangkup dari Brembo.

Sebagai tambahan (yang tiada pada T-Max), AK550 ini didatangkan dengan 2 mod pemanduan. Piihan pertama ialah Prestasi (Performance Mode) dan yang kedua ialah Hujan (Rain mode). Maksudnya bukan bawak dalam hujan, “rain mode” biasanya mengurangkan tahap prestasi enjin dan putaran pecutan.

Kymco AK550 (4)

Setakat yang kami tahu, koloborasi Modenas-KYMCO adalah berdasarkan 4 model utama. Modenas akan jenamakan semula model 150cc dan 250cc sementara KYMCO mengekalkan jenama mereka untuk model dia atas kapasiti 250cc. Jadi bagaimana dengan AK550 ini?

Mengikut firasat kami, dengan melihat prestasi semasa Modenas yang mamai bangun tidur, kami tak fikir ia akan jadi keutamaan. Modenas perlu buktikan pada rakan baru mereka KYMCO bahawa mereka boleh menjual Xciting 400i contohnya.

Kalau banyak yang terjual dan servis lepas jualan pun bagus, tak ada komplen, tak mustahil ia akan dipasang di sini. Mungkin Modenas boleh guna strategi dengan memasangnya sebagai komponen CKD dan jadikan Malaysia sebagai hub KYMCO untuk pasaran luar pula.

Mungkin je la…

 

Kymco AK550 (6)Kymco AK550 (5) Kymco AK550 (5) Kymco AK550 (4)  Kymco AK550 (2)

Kymco AK550 (2) Kymco AK550 (1) Kymco AK550 (3) Kymco AK550 (3) Kymco AK550 (1)

Google ads
Back to top button