
SPESIFIKASI KEKAL SAMA, VW TIGUAN LIFE TURUN HARGA RM13K. KINI BOLEH DIMILIKI PADA RM159,990 SAHAJA!
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk model Tiguan Allspace Life di pasaran tempatan. Harga baharu itu menyaksikan penurunan sebanyak RM13,000!
Jadi, anda kini boleh membeli sebuah Tiguan Allspace Life pada harga cuma RM159,990 berbanding RM172,990 sebelum ini. Perubahan harga tersebut berkuat-kuasa serta-merta dan melibatkan penyerahan bermula Januari 2023.

Sebagai modeal aras mula, Tiguan Allspace Life padat dengan ciri yang sesuai untuk sebuah SUV moden. Praktikalitinya sebagai sebuah SUV keluarga diserlahkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk dan ruang mencecah 1,775 liter jika kerusi dilipat sepenuhnya.
Jentera berkenaan berkongsi reka bentuk menarik varian Allspace yang lebih tinggi. Ia turut dilengkapi bar lampu di antara lampu utama LED. Tiguan Allspace Life digerakkan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG enam kelajuan automatik.
Rangkaian kuasa itu menawarkan keseronokan memandu dan penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km.
Ia juga hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tuga tahun, selain bantuan tepi jalan dan jaminan tanpa had perbatuan sejauh lima tahun. Maklumat lanjut, layari laman web: www.volkswagen.com.my









