
PELAJAR KOLEJ NATS JEPUN UBAH SUAI NISSAN MURANO JADI FAIRLADY X. BAKAL DITAYANGKAN DI TAS 2023
Nissan sebelum ini bermain-main dengan idea untuk menggunakan jenama Z pada crossover, tetapi ia tidak pernah berlaku dan melakukannya dengan betul.
Namun setakat ini, pengubahsuaian Murano oleh sekumpulan pelajar Nissan Automobile Technical College (NATS) di Kyoto adalah paling hampir untuk direalisasikan sebagai Z.
“Kami pelajar Nissan Automobile Technical Kyoto. Ini adalah kenderaan yang kami bayangkan dan dibina dengan tangan kami. Ia akan menjadi kenderaan menyerupai Fairlady Z,” kata pelajar itu di Twitter.

Dengan bahagian hadapan dan belakang Z dipasang pada Murano, SUV itu juga dilengkapi set roda Rays serta tayar Michelin Pilot Sport 4 S untuk gayaan lebih menarik.
Tidak dapat dijelaskan sama ada tepat atau salah dalam transformasi ini, tetapi reka bentuk ini akan membuatkan kita merenung kereta tersebut lebih lama daripada sepatutnya.
Bahagian dalaman telah diubah suai agar sesuai dengan bahagian dalaman Z yang sporty. Berdasarkan imej pada akaun Twitter Nissan Gakuen, mashup itu disertakan dengan stereng dan tempat duduk Z.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas enjin yang digunakan, tetapi Murano mempunyai enjin V6 3.5 liter aspirasi semula jadi.
Manakala Z pula dikuasakan oleh versi enjin turbo berkembar VR30DDTT 3.0 liter daripada Infiniti Q60 Red Sport yang mampu menghasilkan kuasa 399hp dan tork 475Nm.
Fairlady X akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon dan Osaka Auto Messe pada Januari 2023.
- BACA: JUALAN NISSAN DI MALAYSIA MERUDUM, PELANCARAN SUV KOMPAK KICKS DITANGGUH?
- BACA: NISSAN VERSA (ALMERA) 2023. HARGA NAIK IKUT VARIAN, BERMULA RM71K
- BACA: POLIS AUSTRALIA SITA NISSAN SKYLINE R34 BARAI TERUK. LESEN PEMANDU DIGANTUNG
- BACA: ENJIN NISSAN VARIABLE COMPRESSION TURBO 3 SILINDER, RAIH ANUGERAH WARDS 10 BEST ENGINE









