
MITSUBISHI ATTRAGE 2026 RASMI DILANCARKAN DI THAILAND – HARGA BERMULA RM69K
Model sedan kompak Mitsubishi Attrage bagi tahun model 2026 kini dilancarkan secara rasmi di Thailand dengan beberapa kemas kini melibatkan rekaan, teknologi keselamatan serta enjin yang telah dinaik taraf mengikut piawaian emisi EURO6.
Untuk pasaran Thailand, Mitsubishi menawarkan dua varian iaitu Attrage 1.2 Active CVT pada harga 564,000 baht (sekitar RM69,152) dan Attrage 1.2 Smart CVT pada harga 619,000 baht (sekitar RM 75,896).

Antara perubahan paling ketara pada Attrage MY2026 ialah penggunaan gril hadapan baharu yang tampil lebih sporty dan moden. Varian Active kini turut menerima kamera ADAS bersama beberapa ciri bantuan pemanduan tambahan seperti sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Amaran Keluar Lorong (LDW).
Dari sudut kuasa, sedan ini masih menggunakan enjin 1.2 liter tiga silinder berkod 3A92 dengan kapasiti 1,193cc.
Enjin DOHC 12-injap bersama teknologi MIVEC itu menghasilkan kuasa maksimum 78PS pada 6,000rpm dan tork 100Nm pada 4,000rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik Invecs III CVT, selain menyokong penggunaan bahan api Gasohol E20.

Bahagian luaran turut dilengkapi pelbagai ciri moden termasuk lampu utama LED projektor, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan, lampu belakang LED serta rim aloi 15-inci dibalut tayar bersaiz 185/55 R15. Cermin sisi boleh laras dan lipat secara elektrik turut disertakan bersama lampu isyarat LED terbina dalam.
Ruang kabin pula menerima kemasan Piano Black dan Carbon Print bagi memberi sentuhan lebih premium.
Antara kelengkapan ditawarkan termasuk paparan skrin sentuh tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, pendingin hawa automatik, stereng balut kulit, kawalan audio pada stereng serta sistem kunci pintar KOS bersama butang penghidup enjin.

Dari aspek keselamatan, Mitsubishi Attrage MY2026 dilengkapi dua beg udara, ABS, EBD, Brake Assist, kawalan kestabilan aktif, kawalan cengkaman, Hill Start Assist dan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
Sistem brek kecemasan automatik bersama amaran pelanggaran hadapan turut menjadi antara penambahan utama bagi model terkini ini.
- BACA: AI TAK BOLEH HARAP, FORD AMBIL SEMULA RATUSAN JURUTERA KAWAL KUALITI
- BACA: XIAOMI DIKESAN UJI COUPE ELEKTRIK BERKUASA 2,054HP – SEDIA CABAR PORSCHE
- BACA: GENTARI GO KINI DENGAN CIRI AUTOCHARGE, CAS EV JADI LEBIH MUDAH
- BACA: ZONTES NAIK TARAF ZT703F DENGAN RIDE-BY-WIRE DAN QUICKSHIFTER – 95HP, 76NM






