Artikel Pilihan

HONDA CIVIC e:HEV SKOR 5 BINTANG UJIAN EURO NCAP, ADA 11 BEG UDARA KECEMASAN

Euro NCAP iaitu badan pengujian dan penafarafan keselamatan Eropah memberikan skor 5 bintang kepada model terbaru Honda yang dipasarkan di sana iaitu Honda Civic e:HEV. Civic ini dikuasakan dengan 2 unit motor elektrik dengan menjana tork maksima 315Nm dan juga 181 kuasa kuda.

Dalam ujian yang dijalankan oleh Euro NCAP (dan pastinya lebih sukar berbanding dengan ASEAN NCAP), Honda Civic ini mendapat pecahan skor 81% dalam perlindungan penumpang dewasa, 87% perlindungan kanak-kanak, 82% markah bagi perlindungan pejalan kaki dan 83% bagi teknologi mengelakkan kemalangan.

Antara ujian yang dibuat termasuklah Progressive Deformable Barrier (melanggar aluminium remuk) pada 50km/jam, melanggar Rigid Barrier pada 50km/jam, Side Mobile Barrier (melanggar aliminium remuk) pada 60km/jam dan Rigid Side Pole Barrier pada kelajuan 32km/jam

Bagi ujian yang melibatkan pengguna jalan raya lain yang berisiko tinggi seperti pejalan kaki dan juga penunggang basikal, Honda Civic e:HEV dilengkapi dengan sistem brek kecemasan yang berupaya membrek dengan cepat termasuklah pada waktu malam, ketika di persimpangan atau ketika pejalan kaki keluar dengan tiba-tiba dari celah-celah kereta.

Dalam teknologi safety assist, Honda Civic dipasang dengan teknologi Honda Sensing dengan sistem AEB yang boleh mengesan kenderaan termasuklah berupaya membrek ketika melalui persimpangan jalan. Ujian juga dijalankan bagi menguji sistem Lane Keep Assist, Road Edge Detection dan Emergency Lane Keeping System.

Bagi pasaran Eropah, Honda Civic e:HEV dipasang dengan 11 beg udara termasuk 2 beg udara untuk lutut bagi penumpang dan pemandu, 1 beg udara di antara penumpang dan pemandu. Penumpang belakang juga mendapat 2 beg udara tambahan di bahagian belakang

Sistem keselamatan aktif dinaiktaraf dengan sistem kamera resolusi tinggi dengan sistem pemproses yang boleh mengesan garisan jalan raya, motosikal dan pejalan kaki dengan pantas dan tepat termasuklah di dalam gelap.

Google ads
Back to top button