Artikel Pilihan

STERING SEPARUH : ANTARA REKAAN (FORM) DAN FUNGSI (FUNCTION)

Saya terima gambar diatas dan ditanyakan pendapat, “Adakah rupa bentuk steering separuh sebegini bahaya?”

Pertama sekali, “beauty is in the eye of the beholder”. Maksudnya kecantikan itu, berbeza² bergantung kepada siapa yang melihatnya.

Dan bila sesuatu tu dicipta atas sudut kecantikan, ia meletakkan keutamaan terhadap seni.

Cantik rupabentuk = Seni.

Akan tetapi dalam dunia kejuruteraan, kecantikan tadi haruslah disetarakan dengan fungsi atau kegunaannya (function).

Steering kereta ni adalah satu-satunya alat kemudi dan kawalan kenderaan. Ia direka bulat untuk kereta harian supaya mata boleh terus melihat jalan sambil tangan membuat tindakan memaut (pegang & tarik steering) untuk mengemudikan kenderaan tanpa perlu berfikir panjang.

Akan tetapi, apabila steeringnya separuh seperti gambar 1 di bawah, akal perlu melakukan satu lagi langkah permikiran untuk kenali apa tindakan memaut yang boleh atau apa yang tak boleh dek kerana steering tidak lagi membulat.

Disinilah datang bahayanya.

Bila dalam keadaan terdesak, pastinya akan panik & boleh hilang kawalan dengan mudah.

Dalam keadaan biasa/harian pon, pasti menyusahkan bila nak parking & buat pusingan-U, kan??

Berbeza dengan kereta perlumbaan. Kereta lumba (racing cars) gunakan steering separuh setara dengan fungsinya; untuk perlumbaan.

Dalam perlumbaan, hampir setiap masa, pemandu memegang pada kiri dan kanan steering sahaja. Dengan tu, ia hanya perlukan darjah pusingan yang sedikit untuk dapatkan pusingan steering penuh ‘lock-to-lock’.

Ini berbeza dengan kereta harian. Kereta harian kita nakkan mudah penggunaan (ease of use) dengan letakkan banyak pusingan steering untuk dapatkan pusingan penuh.

Disebabkan target pengguna berbeza, sistem steeringnya berbeza dan rupa bentuknya juga berbeza.

Hal ini lah yang dipanggil “form follow function” (L. H. Sullivan, 1896).

Setiap perkara yang direka untuk kegunaan manusia tu ada baiknya rupabentuk (form) disetarakan dengan kegunaannya (function).

Janganlah kerana rupa yang cantik, kita korbankan penggunaannya. Boleh jadi ia membahayakan lebih daripada yang kita sangkakan.

Ada tak kereta harian lain yang guna steering ‘kotak’?

Ya ada. Ni Tesla Model S gunakan steering kotak. Korang boleh tengok pada gambar di bawah macam mana tangan pemandu tercari² tempat memaut ketika cuba buat pusingan.

Selain Tesla, trend yang sama diikuti oleh Toyota dimana pada tahun lepas, Toyota telah menunjukkan kereta konsep SUV elektrik dipanggil bZ4X dengan stereng yang hampir sama.

Bezanya Tesla guna pusingan linear dengan nisbah pusingan (ratio) 14:1 secara linear. Manakala Toyota menggunakan sistem drive-by-wire dengan steering yang progresif (berbeza nisbah pusingan mengikut kelajuan pemanduan).

Maksudnya dari segi undang2 jalan raya, sah lah!

Cuma dari segi penggunaan agak janggal (awkward).

Jadi kalau steering bulat lebih sesuai untuk kegunaan harian, kenapa ada pengeluar kereta nak juga keluarkan kereta dengan steering kotak?

Ini kerana untuk buat sesuatu yang berkelainan, jurureka (designer) ada kalanya mengambil risiko pada rekabentuk dengan memilih rupa lebih daripada fungsinya.

Sama macam bangunan lah. Sepatutnya bangunan tu kotak dan menegak. Tapi ada saja bangunan dengan pelbagai rupa.

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

Sumber gambar 2: Motor1

Google ads
Back to top button